Meroyan selepas bersalin adalah satu keadaan yang berbeza dengan ‘baby blues’. ‘Baby blues’ adalah disebabkan oleh perubahan hormon pada badan ibu sejurus selepas melahirkan. Ianya akan pulih selepas beberapa tempoh. Bagi meroyan, ia adalah satu penyakit yang memerlukan rawatan. Ibu-ibu yang meroyan akan mengalami simptom berikut :
- rasa putus harapan
- serba tidak kena dan rasa bersalah
- letih lesu
- murung
- selalu menangis
- kesunyian
- resah gelisah
- tidak tahu arah dan terperangkap
Secara statistik, dahulu satu dari empat orang ibu akan menghadapi keadaan ini. Ia biasanya berlaku bila bayi mula berusia antara 4-6 minggu atau beberapa bulan selepas dilahirkan. Sekiranya ia terus menerus berlaku dan tidak hilang, ia mungkin petanda si ibu mengidap meroyan.
Apakah Punca Meroyan Selepas Bersalin?
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penyakit ini iaitu :
- Kesunyian dan tidak mendapat sokongan suami, keluarga atau rakan-rakan. Ini biasanya melanda ibu yang terpaksa berpantang sendiri.
- Mengalami masalah kemurungan sebelum ini atau kemurungan semasa kehamilan.
- Mempunyai masalah hidup seperti perhubungan dengan orang sekeliling, ekonomi keluarga atau pekerjaan.
- Trauma semasa kelahiran atau masalah kesihatan.
- Masalah dengan bayi
- Masalah penyusuan badan
- Teringatkan kenangan-kenangan yang sedih
Bagi kebanyakan masalah di atas terutamanya yang melibatkan perhubungan dengan orang lain, ibu-ibu adalah disarankan untuk berkomunikasi dan menyuarakan pemasalahan tersebut dengan orang terdekat terutamanya suami. Kurangnya berinteraksi boleh menyebabkan ibu mengalami meroyan selepas bersalin dan kemurungan kerana fikiran mula menular membayangkan yang bukan-bukan.
Bagi yang beragama Islam, bolehlah mengamalkan zikir kerana biasanya ibu-ibu berpantang tidak boleh bersolat untuk sesuatu jangkamasa.
Bagaimana Set Bersalin Shaklee Membantu Meroyan Selepas Bersalin?
Set ini dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan kesihatan dan penyusuan ibu. Tetapi, ia juga turut membantu meredakan stress ibu.
Di antara produk yang membantu dalam set ini ialah :
1) Memulihkan dalaman dengan Vita-Lea, ESP & Alfalfa
2) Mengelakkan meroyan – B-Complex
3) Memanaskan badan – B-Complex
4) Mengatasi sembelit – Ostematrix
5) Minuman herba detoks – Alfalfa
6) Menyembuhkan luka – Zinc
7) Memperbanyakkan susu – Alfalfa & ESP
8) Merawat bengkak susu – Lecithin
9) Menurunkan berat badan – Omega Guard
10) Membuang angin – Garlic
Maklumat lanjut di sini http://kedaivitamin.com/set-bersalin-shaklee-premium/
Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.
1 Comment