Biasa dengar tentang bayi enggan menyusu badan? Situasi ini memang amat merungsingkan terutamanta bagi ibu-ibu yang memang komited mahu menyusukan anak mereka. Di antara punca bayi enggan menyusu badan ialah :
- Bayi terpaksa dimasukkan ke dalam wad untuk satu tempoh yang menyukarkan ibu untuk menyusu badan
- Cara penyusuan yang salah
- Bayi tidak selesa kerana sakit mulut
- Bayi mengalami selsema menyebabkan dia tidak selesa menyusu
- Keadaan persekitaran yang tidak membantu (bising, panas atau banyak perkara menarik perhatian bayi)
- Pemberian susu formula kepada bayi
- Terlalu melambat-lambatkan pemberian susu kepada bayi apabila dia menangis
- Berpisah dengan bayi untuk waktu yang panjang
- Bayi enggan menyusu badan kerana bau wangian/losyen yang digunakan ibu
- Perubahan pada rasa susu disebabkan mengandung atau kedatangan haid juga boleh menyebabkan bayi enggan menyusu badan
Keadaan bayi enggan menyusu badan ini mungkin sangat remeh bagi ibu yang memang telah membuat keputusan memberikan susu formula pada anak mereka. Tetapi, sebagai mana yang kita ketahui, susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi berbanding formula. Jadi adalah baik sekiranya ibu-ibu cuba untuk menyelesaikan masalah bayi enggan menyusu badan daripada mencari jalan penyelesaian mudah tetapi tidak baik untuk bayi.
Di antara penyelesaian bagi masalah bayi enggan menyusu badan ialah :
- Menyusukan bayi ketika dia mahu tidur atau mengantuk.
- Membuat pemeriksaan doktor bagi memastikan bayi enggan menyusu badan bukan disebabkan oleh masalah kesihatan.
- Mencuba beberapa posisi penyusuan
- Cuba menyusukan bayi sambil berjalan atau duduk berbuai. Ia agak sukar pada mulanya, tetapi mungkin berjaya.
- Susukan bayi anda sambil bergerak. Sesetengah bayi lebih suka menyusu apabila dibuai atau apabila dibawa berjalan berbanding disusukan semasa anda sedang duduk atau berdiri.
- Susukan bayi di persekitaran yang sesuai untuknya (dingin dan gelap) dan kurangkan gangguan bunyi bising. Ini bagi mengelakkan tumpuan bayi terganggu dan menyebabkan bayi enggan menyusu badan lagi.
- Cuba ‘skin to skin contact’ iaitu dengan menanggalkan pakaian anda dan bayi semasa menyusukan bayi.
sumber : http://www.babycenter.com.my/a1037242/menolak-penyusuan-badan#ixzz2l1LjrQpI
Sekiranya memerlukan sebarang konsultasi penyusuan atau berminat untuk mendapatkan Set Breastfeeding Shaklee,
Boleh hubungi :
Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
FB : https://www.facebook.com/messages/kedaivitamins
Email : kedai.vitamin@yahoo.com
atau isi borang