Panduan memilih pam susu yang sesuai perlu diketahui oleh semua ibu kerana ianya akan memudahkan perjalanan penyusuan ibu-ibu. Peralatan penyusuan susu ibu tidak semestinya perlu mahal dan berjenama. Apa yang penting ianya boleh diharapkan dan tahan lama. Bagi memastikan ibu-ibu membeli pam susu yang sesuai, sebaiknya lakukan sedikit ‘study’ atau bertanya kepada ibu-ibu lain yang telah lama terlibat dalam penyusuan. Apa yang penting pam susu ibu tersebut tahan lama dan boleh digunakan sepanjang tempoh penyusuan.
Panduan memilih pam susu yang paling penting adalah dengan mengetahui sekiranya terdapat tempoh penggunaan tertentu dan perlu digantikan apabila sampai tempoh tersebut. Bagi saya, pengalaman menyusukan anak sehingga cukup 2 tahun memang memerlukan saya untuk mengkaji pam susu ibu terbaik untuk saya dan bayi.
Apakah Yang Penting Dalam Panduan Memilih Pam Susu?
Berikut adalah beberapa peralatan penyusuan susu ibu yang lazim bagi setiap ibu bekerjaya :
1) Pam Susu
2) Ice Pack
3) Cooler Bag
4) Botol Penyimpanan/ Plastic Liner
5) Sticker Label / Masking Tape
6) Warmer (untuk dibekalkan di nursery bayi)
7) Mesh bag / bakul pengering untuk pam susu
8) Botol susu yang mesra penyusuan susu ibu
9) Sterilizer botol dan puting susu
Saya akan kongsikan panduan memilih pam susu yang sesuai dahulu sebelum berkongsi mengenai peralatan penyusuan susu ibu yang lain dalam artikel akan datang.
Bagi panduan memilih pam susu yang sesuai, berikut adalah kriteria yang perlu diambil kira:
1) Pam Susu Elektrik / Manual?
2) Pam Single/ Double?
3) Boleh menggunakan ‘rechargable battery’ atau tidak?
4) Banyak bahagian yang perlu dicuci?
5) Saiz pam besar/ kecil? Berat/ Ringan?
6) Bunyi pam semasa operasi, bising atau perlahan?
Panduan Memilih Pam Susu Berdasarkan Kriteria
Ibu-ibu perlu memahami kehendak ibu-ibu dalam penyusuan terlebih dahulu. Adakah ibu-ibu akan mengepam di pejabat sahaja atau akan mengepam semasa di rumah juga? Adakah pam tersebut akan ditinggalkan di pejabat dan tidak perlu dibawa balik setiap hari? Berikut adalah panduan memilih pam susu untuk ibu-ibu semua:
1) Pam Susu Elektrik atau Manual? Ini bergantung kepada ibu-ibu. Terdapat ibu-ibu yang merasa lenguh untuk menggunakan pam manual tetapi terdapat ibu-ibu yang merasakan pam elektrik tidak mengepam dengan sempurna seperti pam manual. Bagi menyelesaikan masalah ini sebaiknya ibu-ibu mencari kedai menjual barangan bayi yang membenarkan ibu-ibu mencuba dahulu pam tersebut.
2) Pam Single atau Double? Pam double jauh lebih menjimatkan masa berbanding pam single. Tetapi terdapat ibu-ibu yang lebih menggemari pam single kerana ia memudahkan mereka untuk membuat tandem nursing. Sekiranya menggunakan pam single, ibu-ibu boleh mendapatkan ‘milk collecting shell’ untuk mengumpul susu di payudara sebelah lagi.
3) Rechargable battery atau tidak? Sekiranya sukar untuk menjumpai power point elektrik di pejabat, pam dengan rechargable battery jauh lebih menjimatkan berbanding dengan penggunaan bateri biasa.
4) Banyak bahagian yang perlu dicuci? Sekiranya ibu-ibu tidak mempunyai banyak masa untuk mencuci pam, cuba cari pam dengan bahagian yang mudah untuk dicuci dan dengan alatan seminima yang mungkin.
5) Saiz pam besar atau kecil? Berat atau Ringan? Sekiranya ibu-ibu akan meninggalkan pam di pejabat, rasanya saiz dan berat pam tidak akan menjadi masalah untuk ibu-ibu
6) Bunyi pam semasa operasi, bising atau perlahan? Kebanyakan orang menggemari pam yang berbunyi perlahan semasa operasi. Tetapi sekiranya terpaksa membeli pam yang tidak begitu senyap, cuba letakkan pam di dalam laci meja semasa mengepam di pejabat.
Testimoni Panduan Memilih Pam Susu Bagi Pam Susu Rumble Tuff
Semasa saya menyusukan anak kedua dahulu, saya merasakan adalah perlu untuk memiliki kedua-dua jenis pam manual dan elektrik bagi memudahkan proses mengepam susu. Pam elektrik saya akan gunakan di pejabat, manakala pam manual saya akan gunakan semasa di rumah bagi melakukan tandem nursing sewaktu menyusukan bayi.
Pilihan saya ketika itu adalah Rumble Tuff kerana ianya boleh ditukarkan kepada manual dan elektrik. Apa yang lebih baik ianya juga boleh ditukarkan untuk menjadi single pump. Jadi saya boleh mendapat 4 pam susu melalui pembelian pam ini iaitu pam elektrik, pam manual, double pump dan single pump.
Selain itu, saya juga ada membaca review daripada pengguna Medela Freestyle (saya anggap ini benchmark untuk pam susu terbaik) yang mengatakan ‘suction’ bagi Rumble Tuff adalah menyerupai pam Medela Freestyle.
Tetapi agak sukar untuk mencuci sesetengah bahagian komponen kecil Rumble Tuff dan ia memerlukan berus kecil khas dan pam ini perlu dipegang kedua-dua botol sewaktu proses mengepam.
Set Breastfeeding Shaklee Memudahkan Panduan Memilih Pam Susu
Berikut adalah fungsi-fungsi vitamin yang terdapat dalam Set Breastfeeding Shaklee.
- B complex – Mempunyai de-stress effect (anti-stress) untuk ibu-ibu menyusu. Ia turut mengandungi asid folik yang baik untuk ibu dan bayi dan turut memperbaiki kecantikan dalaman.
- Vitalea – Multivitamin yang hebat, terdapat 28 jenis vitamin dan mineral penting.
- Alfalfa – ‘Milk Booster’ yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu.
- Energizing Soy Protein – Merupakan antara produk terlaris dari Shaklee. Membekalkan tenaga dan memekatkan susu. Bayi lebih cepat kenyang apabila menyusu.
- Ostematrix – Tinggi kandungan Kalsium. Turut mengandungi Magnesium dan Vitamin D yang membanti penyerapan kalsium yang maksimum oleh badan. Sebagai bonus, ia juga mengelakkan sembelit bagi ibu menyusu.
- Vitamin C – Memastikan penyerapan optimum bagi semua vitamin lain oleh badan dan membantu meningkatkan antibodi.
Maklumat lanjut Set Breastfeeding Shaklee boleh didapati di sini