Pengalaman Bersalin Secara Gentle Birth

Pengalaman bersalin setiap orang semestinya berbeza. Ia terletak kepada rezeki setiap orang yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Ada ibu yang dapat bersalin dengan sangat mudah. Sakit bersalin yang singkat, bayi keluar dengan cepat dan tanpa sebarang koyak dan jahitan. Ada ibu yang perlu melalui caesarean, menunggu waktu lama untuk bersalin dan mungkin melalui episotomi serta berjahit. Tempoh pemulihan dan berpantang mungkin agak sukar bagi ibu-ibu yang perlu dijahit.

Walaupun begitu, sebagai ibu persediaan dan ilmu untuk menghadapi detik bersalin perlu kita cari. Saya mula mencari info ‘gentle birth’ semasa mengandung kan anak ketiga. Ramai yang keliru dan menyangka ‘gentle birth’ adalah bersalin di rumah, sebenarnya tidak. Ia merujuk kepada proses kelahiran tanpa sebarang campur tangan perubatan dan berlaku secara semulajadi.
image

Kelas Bersalin Amani Birth untuk Pengalaman Bersalin Terbaik

Saya dan suami menghadiri kelas kelolaan Puan Hanz selama 3 hari bersama dua lagi pasangan lain. Sangkaan kami pada mulanya tentu ada banyak yang kami dah tau memandangkan ini anak ketiga kami. Kami silap sebenarnya, banyak yang kami belum jelas. Melalui kelas ini saya mula tahu ‘augmentation’ yang berlaku semasa kelahiran anak pertama saya adalah tidak perlu (augmentation merujuk kepada proses seperti induce yang berlaku untuk mempercepatkan bukaan ketika contraction telah berlaku secara semulajadi).

Pengalaman Bersalin Saya

Saya mulai sakit bersalin pada pukul 3.00 pagi 29 September dan mula memantau kekerapan ‘contraction’ menggunakan application android. Saya telah gunakan gym ball dan berendam di dalam ‘pool’ air suam bagi meredakan rasa sakit. Pada pukul 6.00 pagi selepas solat Subuh kami terus ke hospital kerana contraction semakin kerap. Air ketuban pecah sebaik saja kami tiba di hospital. Waktu ketika itu pada pukul 6.30 pagi. Saya terus ditolak ke labour room dan bersalin pada 6.53 pagi.

Alhamdulillah, secara keseluruhannya ia adalah pengalaman bersalin yang saya anggap paling lancar jika dibandingkan dua pengalaman bersalin sebelum ini. Air ketuban pecah sendiri, tiada episotomi, tiada induce, tiada epidural dan doktor beri masa untuk delayed cord clamping.

Ada benarnya apabila kurang campur tangan unsur luar semasa kelahiran, bayi akan lebih tenang dan ibu akan mendapat pengalaman bersalin tanpa trauma dan stress.

Saya masih berpantang sekarang dengan menggunakan Set Bersalin Shaklee semestinya. Saya bersyukur kerana semakin sihat dan tidak mengalami masalah-masalah bersalin biasa seperti sembelit dan sebagainya. Bayi juga tidak mengalami sakit perut sepanjang saya amalkan set ini serta sangat mudah menyusu.
image

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

image