Pengalaman Keguguran Kandungan Anak Pertama

Pengalaman keguguran kandungan anak pertama sebenarnya bukanlah pengalaman yang menarik untuk dikongsikan. Tetapi sekiranya ia boleh membantu ibu lain, adalah baik juga sekiranya saya kongsikan juga. Sekurang-kurangnya boleh dijadikan panduan ibu lain yang juga pernah keguguran dan mencari sokongan atau memerlukan cerita yang boleh meningkatkan semangat ibu-ibu.

Pengalaman Keguguran Kandungan Anak Pertama

Sewaktu mengandung kali pertama, saya memang terlambat sedar. Saya juga ada mengalami masalah sekiranya tidak makan dengan cukup. Biasanya saya akan mengalami gastrik atau pening kepala. Ini memang normal dan saya sering alami sejak bujang lagi. Semasa saya mengandung kali pertama, ada juga harinya saya makan tak menentu. Saya juga bukanlah pengamal supplemen dan ini menyebabkan saya mengalami kekurangan nutrisi semasa itu.

Walaupun begitu, menurut doktor kemungkinan juga keguguran tersebut berlaku kerana masalah kromosom pada janin.

Kebanyakan kes keguguran tidak dapat dijelaskan puncanya yang sebenar. Cukup untuk kita menerimanya sebagai tidak ada rezeki. Walaupun begitu, tidak salah sekiranya kita berusaha untuk mengelakkannya dari berlaku lagi.

Cara Elakkan Keguguran Kandungan

Cara elakkan keguguran kandungan ada pelbagai yang boleh diamalkan. Memang betul, keguguran tidak kira semasa usia kandungan berapa bulan pun tetap mendatangkan rasa sedih pada ibu. Sesetengah ibu boleh mengalami kemurungan sampai berbulan-bulan, lebih-lebih lagi ibu-ibu yang memang mengharapkan untuk mendapat anak pada masa terdekat.

Selalunya ibu-ibu akan dinasihatkan untuk tunggu sehingga 4 bulan sebelum mencuba lagi untuk mengandung. Gunakan tempoh ini sebaik-baiknya untuk mengubah gaya hidup dan pemakanan bagi memastikan ibu mengambil cukup nutrisi.

Seeloknya ibu-ibu cukupkan nutrisi dalam badan sebelum mengandung lagi. Pastikan badan kita kuat dan cukup nutrisi. Pengambilan Vitamin E juga sangat baik bagi mengelakkan keguguran berulang lagi.

Semasa 4 bulan tempoh pemulihan tersebut memang saya mengambil berat tentang kesihatan badan, pemakanan seimbang dan mengambil supplement. Saya sangat bimbang sekiranya keadaan yang sama berlaku lagi. Alhamdulillah saya dikurniakan rezeki 3 orang anak sehingga artikel ini ditulis.

Supplemen Penting Bagi Mengelakkan Keguguran

Vitamin-vitamin berikut insya’Allah dapat membantu badan untuk menerima kandungan baru.

1) Vitamin E-Complex

Vitamin E membantu menggelakkan penggumpalan darah yang boleh menjadi punca keguguran. Selain itu ia turut mengandungi Selenium yang dipercayai mempengaruhi kadar keguguran kandungan. Menurut kajian, wanita yang mengalami keguguran biasanya mempunyai kandungan Selenium yang jauh lebih rendah berbanding dengan wanita yang tidak.

keguguran kandungan

 

2) Folic Acid dan Vitamin B12

Kedua-dua ini terkandung di dalam Vitamin B-Complex Shaklee. Ia berfungsi untuk membantu kawalan asid amino homocystein yang boleh menyebabkan penipisan lapisan salur darah yang dialami oleh wanita mengalami keguguran berulang.

keguguran kandungan

3) Zinc

Kekurangan zinc boleh menyebabkan gangguan pada kromosom yang dikenalpasti sebagai punca keguguran kandungan.

keguguran kandungan

4) Multivitamin

Multivitamin seperti Vitalea membantu tubuh ibu untuk mendapatkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan.

Vita Lea

5) Coenzyme Q-10

Mengelakkan rahim daripada mendorong kepada keguguran dan membantu kesihatan sperma pada lelaki.

keguguran kandungan

6) Omega Guard

Mengelakkan penggumpalan darah dan mengelakkan radang pada rahim.

RM136/ 90 capsules

RM136/ 90 capsules

Nasihat saya, jangan ambil remeh soal kesihatan badan dan pengambilan supplement kerana itu menggambarkan betapa seriusnya kita sebagai ibu dalam usaha mendapatkan anak. Jangan menyesal seperti saya dulu. Berbeza keadaannya sekiranya kita masih mengalami keguguran walaupun menjaga pemakanan dengan baik dengan kita mengalami keguguran disebabkan sikap ambil ringan kita.

wpid-footnote.jpg

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2014 Nia

1 Comment

Comments are closed.