Penyusuan Bayi Bagi Ibu Berkerja : 5 Tips Penting

source

Ketika waktu berpantang, agak mudah untuk memastikan bayi sentiasa mendapat susu yang perlu kerana ibu akan sentiasa bersama bayi. Tapi apabila mula bekerja, mencari waktu untuk mengepam merupakan sesuatu yang mencabar. Maka, susu ibu pun akan mula merundum dan petua banyakkan susu badan diperlukan.

Persedian Penyusuan Bayi Bagi Ibu Bekerja

1) Mind-Set Ibu

Cabaran utama untuk penyusuan bayi/breastfeed (BF) bukanlah ada atau tidak susu. Tapi mind-set ibu itu sendiri. Kalau dari awal ibu dalam pemikiran ibu menganggap tiada susu, maka memang itulah hasilnya. Selain daripada persediaan fizikal seperti alatan mengepam, persediaan mental seperti mind-set adalah amat penting. Pernah dengar ungkapan ‘you are what you think’? Di sinilah ungkapan tersebut memainkan peranan. Otak dan mind-set adalah pusat kawalan bagi semua aktiviti dalam badan.

2) Sokongan dalam Penyusuan Bayi

Sokongan ini boleh datang daripada suami atau ahli keluarga lain seperti adik beradik, ibu dan sepupu. Tetapi jangan risau sekiranya ibu merasakan kesukaran untuk mendapatkan sokongan dari mereka ini atas faktor jauh atau kesukaran untuk berhubung. Kemajuan teknologi dan media sosial akan memudahkan ibu untuk mendapatkan sokongan yang sewajarnya. Percaya atau tidak, saya sendiri mendapat sokongan melalui medium internet kerana malu untuk bertanya dengan orang lain. Perasaan malu yang tidak sepatutnya ada sebenarnya.

Sertai forum dan group penyusuan ibu di internet atau FB, seperti 

atau susuibu.com.

3) Pemakanan secara sihat

Pastikan ibu-ibu makan diet yang seimbang di waktu yang sepatutnya (sarapan, makan tengahari, makan malam dsb). Berdiet tidak begitu sesuai ketika ini, tetapi terdapat alternatif seperti set slimming ibu menyusu yang ideal untuk ibu menyusu yang ingin berdiet.

Ibu-ibu juga boleh amalkan pengambilan set breastfeeding  bagi membantu penyusuan dan kesihatan ibu.

Apa juga yang dimakan oleh ibu, akan disalurkan pada bayi melalui susu. Jadi, pemakanan seimbang dan lengkap itu penting. Set Breastfeeding Shaklee bertujuan untuk melengkapkan pemakanan si ibu. Ada sesetengah orang berpendapat, tanpa Set Breastfeeding Shaklee pun, susu masih ada. Nenek kita dulu menyusu badan pun tak perlukan Set Breastfeeding Shaklee. Ada benarnya kata-kata tersebut. Tapi, nenek-nenek kita dulu bersalin di rumah, kenapa kita tidak mengikut? Bukankah perubahan zaman perlu diikuti dengan perubahan bagi meningkatkan kualiti hidup?

4) Elakkan dari stress

Ibu bekerja mungkin akan mengalami beberapa perkara yang boleh menyebabkan dirinya stress dan menjejaskan pengeluaran susu ibu. Ambil kesempatan semasa mengepam susu untuk menenangkan diri. Cari kaedah yang sesuai untuk anda, seperti mengepam dengan alunan zikir atau muzik. Anda juga boleh mengepam dengan menatap gambar si comel anda atau bayangkan si comel sedang menghisap susu anda semasa anda mengepam. Ini dapat memberi stimulasi kepada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu.

5) Beli peralatan penyusuan yang penting sahaja

Peralatan penyusuan yang penting untuk penyusuan bayi bagi ibu bekerja ialah pam susu, beg tahan sejuk dan ‘ice pack’. Lain-lain alatan adalah bergantung kepada keperluan ibu dan bayi. Terdapatan alatan tambahan seperti ‘nursing pillow’ yang digunakan untuk menampung bayi semasa penyusuan semasa duduk atau ‘milk collecting shell’ yang diperlukan untuk mengelakkan kebocoran susu atau bagi kegunaan semasa melakukan proses ‘single pumping’.

Nursing Pillow (source)

 Medela: Milk Collection Shells

 

Milk Collecting Shells (source)

Supplemen yang sesuai

panduan penyusuan bayi bagi ibu bekerja

Info lanjut tentang penyusuan bayi bagi ibu bekerja :

Testimoni Set Breastfeeding Shaklee

Supplemen Tambah Susu Ibu

Set Breastfeeding Shaklee : Tidak diiktiraf doktor?

Set Breastfeeding Shaklee : Bukan Vitamin Ajaib

Persediaan Untuk Penyusuan Bayi

Cara Pengurusan EBM (Susu Ibu)

footnote