Peralatan Penyusuan Susu Ibu Membantu Ibu Berkerjaya

Peralatan penyusuan susu ibu, selain daripada pam susu, terdapat juga pelbagai alatan lain dan gajet yang sesuai untuk ibu. Walaupun nampak remeh, tapi peralatan penyusuan susu ibu berikut banyak membantu ibu-ibu bekerjaya dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Peralatan Penyusuan Susu Ibu Basic

1) Ice pack – Biasanya akan dapat bertahan sehingga 12 jam dan ini mencukupi untuk ibu pergi dan balik kerja. Pilihan saya adalah Autumnz dan Moms Basic. Tetapi pilihan terbaik adalah ice pack yang biasanya digunakan untuk perkhemahan seperti gambar di sebelah kanan kerana ianya tidak mudah bocor dan diperbuat daripada plastik tebal. Cuma harganya agak mahal, tetapi ia merupakan peralatan penyusuan susu ibu yang berbaloi untuk jangkamasa panjang.

peralatan penyusuan susu ibu

 

source : autumnz

2) Cooler Bag – Saya menggunakan cooler bag Autumnz. Bergantung kepada ibu-ibu samada inginkan beg yang boleh memuatkan pam atau untuk menyimpan susu sahaja. Sesetengah pam agak sensitif dan mungkin akan rosak sekiranya dibawa bersama di dalam cooler bag yang sejuk. Ada juga sesetengah ibu tidak memerlukan beg untuk menyimpam pam susu kerana ia ditinggalkan di pejabat. Apa yang pasti cooler bag merupakan peralatan penyusuan susu ibu yang sangat penting.

3) Botol Penyimpanan/ Plastic Liner

Saya menggunakan botol penyimpanan Autumnz dan Bumble Bee dan juga plastic liner daripada Jingle Jungle. Bagi saya penggunaan plastic liner lebih praktikal dan menjimatkan ruang sekiranya susu ibu ingin dibekukan. Tetapi bagi simpanan ‘chill’ penggunaan botol lebih praktikal. Plastic liner perlu dibuang selepas sekali penggunaan, manakala bagi botol penyimpanan, 3 bulan adalah tempoh paling ideal bergantung kepada penggunaan.

Secara peribadi saya lebih menggemari plastic liner Autumz kerana ianya tebal dan nampak lebih tahan lasak.

Penggunaan botol untuk penyimpanan susu ibu sesuai untuk susu yang akan disimpan dalam bentuk ‘chill’. Ia memudahkan pengasuh bayi untuk memanaskan susu pada keesokan harinya.

4) Sticker label/ Masking Tape

Bagi melabelkan botol dengan tarikh dan waktu mengepam. Ini akan menjadi panduan pengasuh untuk memanaskan susu yang mana dahulu. Jika bayi dihantar ke nursery, adalah baik sekiranya nama bayi turut diletakkan pada sticker.

5) Warmer – untuk memudahkan pengasuh memanaskan suhu bayi kerana suhunya boleh dikekalkan untuk tempoh yang lama. Saya menggunakan jenis Autumnz.

6) Sterilizer botol

Kegunaan sterilizer botol adalah memudahkan ibu-ibu untuk melengkapkan pembersihan botol bayi tanpa melibatkan kaedah merebus botol seperti yang dilakukan oleh ibu-ibu kita dahulu.

Set Breastfeeding Shaklee Sebahagian Dari Peralatan Penyusuan Susu Ibu

set-BF-pakej-budget-wmark

 

Set Breastfeeding Shaklee berfungsi sebagai pelengkap nutrisi ibu menyusu, terutamanya ibu-ibu bekerja yang sukar hendak mendapatkan makanan lengkap di waktu pejabat. Ibu-ibu masih perlu mengamalkan pemakanan seimbang sebaik mungkin dan set ini membantu melengkapkannya.

Terdapat juga penggalak susu atau milk booster dalam set ini yang membantu ibu-ibu meningkatkan kuantiti susu ibu dengan mengamalkan konsep demand vs supply.

Berminat mendapatkan set ini? Info lanjut di sini http://kedaivitamin.com/set-breastfeeding-shaklee-banyakkan-susu/

footnote