Peringkat Kelahiran Normal Bayi Untuk Panduan Ibu-Ibu

peringkat kelahiran normal

Peringkat kelahiran normal bayi sebenarnya tidaklah seperti yang digambarkan di atas. Di dalam konsep ‘natural birthing’ posisi untuk kelahiran yang paling sesuai adalah dalam kedudukan 45°C bagi membolehkan graviti untuk membantu bayi keluar. Sekiranya berbaring, ia akan menyukarkan ibu dan bayi dan disebabkan itu kita selalu mendengar mengenai bukaan yang kononnya tidak mencukupi untuk bayi keluar.

3 Peringkat Kelahiran Normal Bayi

Ada 3 peringkat kelahiran yang perlu diketahui iaitu :

1) Peringkat Awal
Ketika ini kesakitan atau contraction adalah tidak menyakitkan ibu dan ibu biasanya akan menyibukkan diri dengan aktiviti. Adalah baik sekiranya ibu bergerak aktif pada ketika ini untuk mempercepatkan bukaan serviks. Ada ibu yang memilih untuk turun naik tangga, mengemas rumah dan ada juga mengajak suami berjalan-jalan. Apa yang penting pastikan ibu bergerak aktif. Ibu-ibu boleh mengawal kesakitan dengan cara pernafasan sekiranya berlaku ‘contraction’ yang kuat ketika itu.

2) Peringkat Kuat
Pada ketika ini ibu akan mengalami ‘contraction’ yang kuat dan dalam peringkat kelahiran bayi. Ibu sudah boleh berada pada posisi yang diingini untuk melahirkan dan mengawal pernafasan dengan baik untuk memudahkan kelahiran. Ibu-ibu patut memperbanyakkan ilmu kelahiran bagi mengelakkan kebergantungan kepada doktor atau jururawat semata-mata. Adalah penting bagi ibu-ibu untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang termasuk makanan berminyak dan berlemak pada kadar yang disyorkan kerana ini juga membantu proses kelahiran bayi. Terdapat ibu-ibu yang turut mengamalkan meminum minyak kelapa pada kandungan 7 bulan untuk membantu semasa bersalin. Pengambilan protein daripada pelbagai sumber seperti ESP juga akan membantu pada peringkat ini.

3) Masa Kelahiran 

Ibu perlu bertenang pada peringkat ini dan mula menolak keluar bayi dengan menggunakan teknik pernafasan. Fikiran yang positif akan membantu ibu untuk memperolehi kelahiran yang diingini. Bermula tahun ini, episotomi sudah tidak dibenarkan walaupun untuk ibu yang pertama kali melahirkan kecuali ianya benar-benar perlu. Polisi baru ini adalah rentetan daripada beberapa kes ibu-ibu yang memilih untuk melahirkan anak di rumah kerana tidak mahu melahirkan anak dalam prosedur biasa hospital yang dianggap menyalahi konsep ‘natural birthing’.

peringkat kelahiran normalMaksud Sebenar Peringkat Kelahiran Normal Bayi

Peringkat kelahiran normal bayi sebenarnya merujuk kepada kelahiran secara semulajadi tanpa gangguan prosedur perubatan. Kenyataan ini mungkin mengejutkan sesetengah ibu, tetapi berikut adalah beberapa prosedur biasa yang sering dilakukan tetapi tidak dapat diterima dalam konsep ‘natural birthing’.

1) Memeriksaan bukaan dengan menggunakan jari – ia akan menganggu bayi dan menyebabkan bayi stress.
2) CTG semasa peringkat awal kesakitan – ibu sepatutnya bergerak aktif bagi mempercepatkan bukaan dan bukan berbaring dan dipasang kepada CTG.
3) Memecahkan air ketuban – ia tidak semestinya perlu dipecahkan kerana akan mengakibatkan bayi panik dan terdedah kepada jangkitan. Pernah lihat ikan apabila dikeluarkan dari air? Lebih kurang begitulah keadaan bayi ibu-ibu sekiranya air ketuban dipecahkan secara paksa.
4) Ibu tidak dibenarkan makan dan minum, tetapi cuma diberi ‘drip’ – sesetengah hospital tidak membenarkannya sebagai persediaan untuk pembedahan ‘caesarean’.

Semua tersebut hanya sebahagian daripada konsep ‘natural birthing’ yang akan saya kongsikan dengan ibu-ibu dalam artikel yang akan datang.

Set Bersalin Shaklee Sesuai Untuk Peringkat Kelahiran Normal Bayi

Soalan-Soalan Lazim (FAQ) bagi Set Bersalin Shaklee

1) Adakah pengambilan set ini akan memberi kesan kepada bayi? (panas, cirit-birit dan sebagainya)
Insha’Allah tidak, tetapi ibu-ibu perlu memaklumkan kepada saya sekiranya bayi mengidap jaundice atau penyakit kuning sebelum pengambilan set ini.

2) Berapa lama saya perlu tunggu sebelum mengambil set ini?
Tidak perlu menunggu, pengambilannya boleh dimulakan selepas bersalin.

3) Adalah set ini sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami keguguran atau melahirkan secara pembedahan caesarean?
Ya, kerana ibu-ibu keguguran juga perlu memulihkan dalaman mereka untuk persediaan mengandung lagi. Malah ia sangat baik diambil oleh ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan bagi mempercepatkan pemulihan luka pembedahan ibu-ibu.

4) Bolehkah saya mendapat DISKAUN untuk Set Bersalin Shaklee?
Boleh, dengan 3 cara yang saya terangkan ini.

5) Adakah saya perlu membeli Set Bersalin lain untuk melengkapkan lagi Set Bersalin Shaklee?
Tidak perlu kerana Set Bersalin Shaklee sudah lengkap dengan segala keperluan ibu berpantang, insha’Allah.

6) Bagaimanakah cara makan Set Bersalin Shaklee?
Cara makan akan saya ajarkan pada ibu-ibu selepas ibu-ibu menerima set ini.

Info lanjut mengenai Set Bersalin Shaklee di sini.

footnote