Ibu hamil biasanya sangat sensitif dari segi emosi. Kadangkala kelakuan ibu-ibu akan menjadi sangat berbeza daripada sikap sebenar mereka. Ada sesetengah perkara yang sangat mereka sukai sebelum ini sudah menjadi sesuatu yang sangat mereka benci.
Satu perkara yang paling lazim ialah mereka menjadi lebih sensitif daripada biasa dan orang di sekeliling mungkin akan terkejut kerana mereka mudah tersinggung dan terasa hati sekiranya kita tersilap kata dengan mereka. Berikut adalah beberapa perkara yang tak patut diucap pada ibu hamil.
5 Perkara Yang Tak Patut Diucap Pada Ibu Hamil
1) Perut anda nampak besar, adakah ia kembar?
Sesetengah ibu hamil mungkin mempunyai perut yang agak besar walaupun kandungannya baru berusia beberapa bulan. Ia adalah normal kerana setiap orang adalah berbeza. Walaupun anda merasakan perut ibu tersebut agak besar, adalah baik sekiranya anda tidak menyuarakannya kerana ia mungkin menyebabkan ibu tersebut berasa risau adalah kandungannya normal atau tidak.
2) Anda nampak gemuk, tentu susah nak turunkan berat badan nanti.
Tidak dinafikan ada ibu yang obses dengan berat badan walaupun semasa mengandung. Jangan buatkan ibu tersebut risaukan berat badannya sekarang. Sekiranya dia mahu berdiet sekalipun, ianya cuma dapat dilakukan selepas dia melahirkan anak nanti. Tetapi, tidak salah jika anda memberikan ibu tersebut panduan pemakanan sihat semasa hamil untuk kebaikannya dan bayi.
3) Kerapnya anda mengandung, berapa usia anak yang sebelum ini?
Kerap atau tidak itu adalah rezeki Allah kepada ibu hamil tersebut. Sekiranya kita tidak rapat dengan ibu tersebut, adalah lebih baik sekiranya kita tidak bertanyakan hal yang seperti ini.
4) Besarnya perut, mesti bayi anda besar.
Besar atau kecilnya bayi tidak penting sebenarnya. Apa yang penting adalah bayi itu sihat dan sempurna. Saiz bayi adalah mengikut genetik ibunya. Tidak perlulah kita melabel-label bayi tersebut besar atau pun kecil.
5) Kenapa anda masih belum bersalin, saya dulu masa 35 minggu sudah bersalin.
Setiap orang adalah berbeza, jangka masa bayi di dalam kandungan tiada tarikh luput sebenarnya. Ia bergantung kepada bayi tersebut, malahan terdapat pendapat mengatakan akidah boleh terpesong sekiranya kita terlalu berpegang kepada ‘due date’ yang diberikan oleh doktor. Allah s.w.t juga adalah sebaik-baik perancang.
Set Penjagaan Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil
Testimoni Video Set Kehamilan Shaklee
Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.
Inginkan info lengkap set ini? Boleh rujuk di sini