Persediaan Bersalin Bagi Ibu – Bahagian 1

Apakah Persediaan Bersalin yang perlu untuk ibu? Ini sangat penting kerana detik-detik menghadapi kelahiran perlu dihadapi dengan gembira dan selesa oleh ibu.

Persediaan Bersalin 1 : Memilih teknik bersalin

Natural birthing, bersalin didalam air atau cara bersalin biasa. Itu yang perlu dibuat pilihan oleh ibu. Info mengenai natural birthing di sini http://www.thehoneybunchresources.com/.

source: google

Persediaan Bersalin 2 : Memilih hospital untuk bersalin.

Faktor bayaran hospital, jarak dari rumah , keselesaan ibu perlu diambil kira. Keselesaan disini mengambil kira adakah si ibu gembira bersalin di hospital tersebut. Ia mungkin kedengaran agak aneh, tetapi adalah penting untuk memastikan ibu gembira menghadapi detik-detik kelahiran.

Persediaan Bersalin 3 : Ibu perlu tahu teknik untuk menghadapi kesakitan bersalin.

Terdapat dua jenis cara untuk meredakan kesakitan bersalin. Menggunakan ubat seperti epidural atau tanpa menggunakan ubat seperti dibawah :

  • Berkedudukan Tegak – Semasa kontraksi awal, sokong diri pada permukaan yang berhampiran. Contohnya dinding, kerusi atau katil hospital. Berlutut jika perlu.
  • Duduk Ke Hadapan – Duduk berhadapan belakang kerusi dan bersandar di atas dengan menggunakan kusyen atau bantal. Rehatkan kepala pada lengan yang disilangkan.
  • Melutut Ke Hadapan – Melutut dalam keadaan kaki anda terpisah dan rehat ke hadapan di atas himpunan bantal. Cuba berasa dalam keadaan seselesa mungkin.
  • Posisi Merangkak – Melutut dalam keadaan tangan dan lutut di lantai. Condongkan pelvik anda ke hadapan dan ke belakang. Namum, jangan lengkungkan badan anda.

Persediaan Bersalin 4 : Ibu perlu tahu teknik meneran

Biasa kita dengari jururawat atau bidan yang menyambut menyuruh ibu meneran tetapi tetap tidak menepati apa yang dikhendaki. Ini adalah disebabkan ibu meneran dengan cara yang salah. Pastikan ibu meneran seperti hendak membuang air besar dan bukannya meneran di bahagian hadapan.

Persediaan Bersalin 5 : Pastikan membawa CD bacaan ayat suci Al-Quran bagi yang beragama Islam

Ia dapat membantu ibu menjadi lebih tenang dalam menghadapi kelahiran bayi.

Info lanjut mengenai Persediaan Bersalin disini

Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)

SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658

FB :  https://www.facebook.com/messages/kedaivitamins

Email : kedai.vitamin@yahoo.com

atau isi borang