Petua Dapat Anak Lelaki Dengan Set Kesuburan Shaklee

Petua dapat anak lelaki memang kerap dicari oleh ibu bapa yang telah mendapat anak perempuan atau yang memang inginkan anak lelaki sebagai anak pertama. Ianya 100% ketentuan Allah, tetapi tidak salah sekiranya selain berdoa, ibu bapa berusaha dengan melakukan apa-apa petua yang dirasakan bersesuaian.

petua dapat anak lelakisource

Tapi harus diingat, apa yang penting, anak yang dilahirkan sihat dan sempurna. Soal jantina sebenarnya adalah perkara kedua. Ini kerana kadangkala saya terlihat komen di laman FB apabila seseorang telah mendapat 3 orang anak perempuan, pasti ada komen dari rakan-rakan yang mengatakan :

tak mengapa, muda lagi, masih boleh cuba untuk anak lelaki

Secara peribadi, saya akan cuba mengelak dari memberikan komen sebegini kerana soal jantina anak adalah ketentuan Allah dan adalah kurang wajar bila kita seolah-seolah meletakkan ia sebagai sesuatu yang wajib bagi setiap pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak dari kedua-dua jantina. Walaupun begitu tidak salah ibu bapa berikhtiar dengan petua dapat anak lelaki.

Petua Dapat Anak Lelaki Semasa Bersama

1) Sebelum bersama, berdoa dan berniat untuk mendapatkan anak lelaki.

2) Bersama pada hari tidak subur isteri iaitu antara hari ke 21-28 selepas hari pertama datang haid (hari subur wanita biasanya antara hari ke 14-15) atau boleh rujuk artikel ini.

3) Ini petua dapat anak lelaki paling popular, semasa bersama, cuba untuk pastikan 100% air mani suami masuk ke dalam, bagi meninggikan kebarangkalian sperma Y yang masuk ke dalam.

4) Selepas bersama, ibu boleh mengiring ke bahagian kanan. Ia juga petua dapat anak lelaki yang selalu diamalkan. Minta izin suami sekiranya posisi ini akan membelakangkan suami.

5) Pastikan keadaan vagina adalah beralkali semasa bersama.

Keadaan Beralkali Juga Petua Dapat Anak Lelaki

Ibu cuma mempunyai kromosom X manakala bapa pula mempunyai kromosom X dan Y. Anak lelaki adalah melalui penggabungan kromosom X dari ibu dan Y dari bapa.  Jadi kromosom yang di bawa oleh bapa yang sebenarnya menentukan jantina bayi.  Sperma dengan kromosom Y agak ‘laju’ tapi jangka hayatnya pendek dan cuma akan aktif pada keadaan beralkali. Ibu boleh membasuh bahagian vagina dengan cecair mengandungi sodium bicarbonate (boleh dibeli di farmasi) menggunakan kaedah ‘douching’ bagi mewujudkan keadaan beralkali. Ini merupakan petua dapat anak lelaki dari segi sains.

petua dapat anak lelaki

Petua Dapat Anak Lelaki Dari Segi Pemakanan

1) Ibu boleh amalkan pemakanan dengan kalori yang tinggi semasa proses ovulasi.

2) Terdapat teori mengatakan pemakanan pisang sebelum bersama dengan suami meninggikan peluang mendapat anak lelaki kerana ianya tinggi kalori.

3) Banyakkan makanan laut, daging merah dan kekacang.

4) Amalkan meminum susu sebelum hamil.

5) Suami digalakkan meminum minuman berkafein seperti kopi satu jam sebelum bersama.

6) Amalkan minuman yang kurang manis.

Selain dari semua petua di atas, kedua-dua ibu bapa perlu berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak lelaki dan sentiasa konsisten dalam amal ibadat. Amalkan membaca surah Yusuf dan Maryam dan mula memanggil anak di dalam kandungan dengan nama lelaki seperti Muhammad.

Kelebihan Set Kesuburan Shaklee

Set kesuburan Shaklee telah banyak membantu pasangan-pasangan yang berusaha mendapatkan anak. Di antara kelebihan Set Kesuburan Shaklee ialah :

1) Menjadikan ‘lendir’ wanita yang keluar pada waktu subur benar-benar ‘subur’ untuk pensenyawaan.

2) Menjadikan sperma aktif dan berkualiti.

3) Meningkatkan kualiti ovum wanita untuk pensenyawaan.

dan banyak lagi!! Boleh rujuk artikel ini untuk info lanjut.

Harga Set Kesuburan Shaklee

Ada 4 pakej utama :

1) Set Bajet Kesuburan : ESP dan GLA RM241.25

2) Set Bajet Kesuburan Suami Isteri 1 : GLA, Vitamin E dan Zinc RM274 (Zinc boleh ditukar kepada COQ Health dengan tambahan RM90.25 sahaja)

3) Set Asas Kesuburan Suami Isteri : GLA, Vitamin E, Zinc dan B-Complex RM327.75 (Zinc boleh ditukar kepada COQ Health dengan tambahan RM90.25 sahaja)

4) Set Premium Kesuburan Suami Isteri :
GLA, Vitamin E, Zinc, ESP, Alfalfa, Vita-Lea, B-Complex dan Vitamin C RM712.75

cart

footnote