Petua Hilangkan Mengantuk Di Pejabat Terbaik

Petua hilangkan mengantuk di pejabat ada beberapa yang boleh kita cuba. Sebelum tu kita fikirkan apa agaknya masalah kalau kita mengantuk di pejabat. Paling utama mesti bos akan pandang semacam dekat kita bila nampak kita mengantuk. Kita juga mesti tak fokus bila buat kerja dan takut-takut boleh buat silap pula dalam kerja. Siapa yang susah nanti? Kita juga kan? Boleh kena marah dengan bos pulak nanti, kita juga yang stress, takut kena warning letter atau potong gaji pula kalau buat silap masa bekerja.

petua hilangkan mengantuk di pejabat

Confirm kena potong gaji kalau sampai macam ni!

Punca kita mengantuk di pejabat tentunya tidur lewat atau terlalu kepenatan. Gaya hidup sekarang memang menjadikan kita selalu keletihan dan tidak cukup tidur. Jadi apa penyelesaiannya? Kita boleh pilih untuk tidur awal, itu penyelesaian paling ketara. Tetapi dengan komitmen yang ada, kadang-kadang ia mustahil.

Petua Hilangkan Mengantuk Di Pejabat

1) Cuci muka dan ambil wuduk.
Mata yang mengantuk akan terasa segar bila terkena sejuknya air. Ambil wuduk juga satu alternatif yang baik kerana bekerja semasa dalam wuduk pastinya lebih baik. Malah telah terbukti mengambil wuduk memberi rangsangan pada 5 pancaindera dan 493 titik akupuntur pada badan!

petua hilangkan rasa mengantuk di pejabat

2) Berjalan-jalan sedikit di kawasan pejabat
Jika kawasan pejabat anda mempunyai kawasan taman lebih baik, berjalan-jalan sebentar sambil mencuci mata. Tapi awas, jangan terlalu lama sehingga jatuh ke kategori mencuri tulang pula.

3) Mendengar muzik
Pilih muzik yang anda gemari tapi bukan yang terlalu mendayu-dayu hingga kita jadi terlalu mengantuk.

4) Buat senaman ringan
Ada pelbagai bentuk senaman dan regangan yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ia boleh dilakukan dI dalam pejabat.

5) Menghidu wangian aromatherapy
Sesetengah wangian aromatherapy seperti bau-bauan sitrus mempunyai ciri-ciri menyegarkan dan boleh menghilangkan rasa mengantuk.Wangian aromatherapy seperti ini boleh didapati di kedai-kedai seperti Lovely Lace dan Body Shop.

petua hilangkan mengantuk di pejabat

Petua Hilangkan Mengantuk dengan Cinch Tea Shaklee

Cinch Tea Shaklee bukan sebarangan teh, boleh dibuat menghilangkan mengantuk juga. Antara punca mengantuk yang paling ketara ialah keletihan, bagi mengatasi keletihan, teh ini akan menjadi penggalak tenaga semulajadi untuk anda. Jadi, takde la mengantuk di pejabat lagi.

Jangan percaya dulu, tonton testimoni ini untuk menambah keyakinan anda!

Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.

Antara kandungan dalam Cinch Tea Shaklee ini ialah Match Green Tea, Taurina, White Tea, Rooibos Red Tea dan Red Tea. Semua ni fungsinya adalah untuk meningkatkan metabolisma (hilang mengantuk, yay!) dan juga mengandungi antioksidan. Kalau sebelum ni kita minum kopi untuk hilangkan mengantuk, sekarang ada alternatif lain yang insya’Allah berkesan dan tak mengandungi kafein.

Cara penyediannya pun cukup mudah. Cinch Tea ni tak perlu ditapis dan tak gunakan uncang pun, leceh semua tu. Ia didatangkan dalam bentuk sachet stick. Senang sangat nak buat, campurkan ke dalam air panas dan kacau dengan sudu. Nak lagi sedap tambah madu atau limau nipis. Memang untung minum Cinch Tea, dapat petua hilangkan mengantuk di pejabat, rasanya pun sedap, semulajadi dan menyihatkan pulak tu.

petua hilangkan mengantuk di pejabat

Ceria macam ni la bos suka tengok

petua hilangkan mengantuk di pejabat

Kalau dah cuba sekali, sure nak repeat order berulang kali!

 Harga : RM131/28 sticks

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2014 Nia

4 Comments

Comments are closed.