Punca gila meroyan telah banyak yang diperkatakan. Ia terdiri daripada banyak faktor samada persekitaran atau keadaan kesihatan ibu. Walaupun begitu, kadangkala kita tersilap mentafsir punca gila meroyan sebagai kemurungan apabila terdapatnya ibu-ibu yang bukan mengalami kemurungan, tetapi sebaliknya kekurangan vitamin B-Complex dari dalam badan.
Punca Gila Meroyan Ibu Berpantang
Semasa masih dalam peringkat kehamilan, ibu-ibu akan banyak kehilangan nutrien perlu dalam badan kerana ia telah diserap oleh bayi yang sedang melalui proses pertumbuhan. Ini menyebabkan ibu mengalami B-Complex deficiency syndrome (BCDS) atau sindrom kekurangan B-Complex. Kekurangan ini boleh menjadi punca gila meroyan yang dimulai dengan kemurungan. Sekarang kita tahu yang kemurungan bukan sahaja terjadi disebabkan psikologi, tetapi juga kekurangan nutrien dalam badan.
Selain daripada kekurangan vitamin B-Complex, perubahan rutin ibu dan keperluan untuk menyusukan bayi juga menjadi punca kekurangan vitamin B-Complex dari ibu. Semasa menyusukan bayi, ibu-ibu perlu mengelakkan diri daripada stress kerana ini boleh menyebabkan susu ibu berkurang. Di dalam kes ini B-Complex Shaklee juga dapat membantu dengan meredakan stress ibu kerana B-Complex turut mempunyai de-stress effect.
Malangnya kerana menyangkakan ibu mengalami masalah kemurungan, ibu-ibu sering diberikan ubat anti-kemurungan dan bukannya diberikan nutrisi B-Complex yang mencukupi. Kesilapan menafsir punca gila meroyan tidak membantu memulihkannya sebaliknya berisiko menjadikannya lebih teruk.
Tanda-Tanda Kemurungan Punca Gila Meroyan
1) Badan lemah
2) Masalah penghadaman
3) Kurang selera makan
4) Inginkan makanan manis
5) Sensitif dengan bunyi
6) Pening kepala
7) Insomnia
8) Sentiasa berdebar-debar
9) Cepat marah
10) Bertindak ganas
11) Berhalusinasi
12) Pelupa
13) Kemurungan kronik
Bagaimana B-Complex Shaklee Membantu?
Kurangnya pengambilan B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Ia seterusnya juga boleh menyebabkan pembentukan sel-sel yang tidak normal dan boleh menyebabkan anemia.
Di samping itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti kemurungan dan kehilangan ingatan. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menyebabkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang tumpuan dan berperasaan sensitif.
B-Complex Shaklee turut terdapat dalam Set Bersalin Shaklee. Info lanjut boleh didapati di sini
good sharing:)