Sebab kena induce semasa bersalin?Kenapa kena induce? Itu antara persoalan yang sering ditanya sekiranya kita bertemu dengan ibu yang baru melahirkan dengan cara induce. Secara peribadi saya tidak menyokong kelahiran secara induce sekiranya ia diambil hanya sebagai ‘precaution’ dan bukan atas sebab yang logik kerana ia seolah-olah satu paksaan kepada kelahiran bayi dan merupakan satu penyeksaan untuk ibu.
Induce adalah satu proses memasukkan bahan kimia (oxytoxin atau prostaglandin) melalui ‘drip’ ke dalam badan ibu bagi mempercepatkan proses kelahiran. Ianya adalah bagi memastikan bayi keluar dan dari rahim ibu walaupun dia belum bersedia untuk keluar. Bayi ada tempoh matangnya tersendiri iaitu apabila hati dan otaknya telah matang. Kedua ini merupakan organ yang paling akhir mencapai tahap matang pada bayi.
Apakah Sebab Kena Induce Semasa Bersalin?
Ada beberapa sebab yang memerlukan ibu untuk melalui proses kelahiran induce. Biasanya ia diputuskan oleh doktor yang merawat ibu. Tidak dinafikan ada induce yang benar-benar perlu, dan tidak kurang juga sebab kena induce yang agak tidak perlu.
Berat Bayi Yang Berlebihan Sebagai Sebab Kena Induce
Baby besar atau baby berat seringkali dijadikan isu untuk bayi dilahirkan secara induce bagi mengelakkan ia terus membesar menjelang tarikh dia dijangkakan lahir. Sepanjang pengalaman saya, tiada lagi doktor yang mengambil kira faktor saiz badan ibu dan bapa sebelum melabelkan bayi sebagai besar atau berat.
Apa yang aneh sekiranya seorang ibu dengan ketinggian 173cm dan berat 64kg memiliki bayi seberat 3.45kg? Bayi sama seperti kita, mereka diciptakan Allah dengan variasi ketinggian dan berat mereka sendiri. Adakah adil melabelkan bayi dengan berat 3kg ke atas sebagai baby besar dan perlu dilahirkan awal semata-mata untuk mengelakkan dia menjadi lebih berat?
Kencing Manis Gestasi Sebagai Sebab Kena Induce
Ada ibu-ibu yang mengidap kencing manis gestasi atau GDM semasa kehamilan. Ianya merupakan satu lagi sebab kena induce yang popular. Proses minum air gula agak biasa kita dengar sekarang ini. Ianya dilakukan dengan ibu perlu berpuasa dari pukul 12 malam dan mengambil darah pada keesokan paginya. Selepas itu ibu perlu minum air gula yang pekat dan menunggu selama 2 jam tanpa makan dan minum sebelum diambil darah sekali lagi.
Sekiranya kadar bacaan selepas mengambil air gula melebihi 7.4, ibu akan melalui satu lagi proses saringan dengan menguji kandungan gula di dalam darah. Ujian ini yang akan menentukan ibu perlu mengubah diet atau mengambil insulin. Induce akan dilakukan bagi mengelakkan bayi menjadi terlalu besar.
Bayi Telah Melebihi Tarikh Jangkaan Sebagai Sebab Kena Induce
Ini adalah sebab kena induce paling sering berlaku. Doktor tidak mahu plasenta menjadi terlalu matang dan berhenti membekalkan makanan kepada bayi. Ia boleh dijadikan sebab atau justifikasi yang paling logik bagi sebab kena induce.
Air Ketuban Kurang Sebab Kena Induce
Air ketuban kurang pada bayi boleh kita samakan seperti ikan yang tidak mendapat air. Tahukah ibu-ibu punca sebenar air ketuban kurang dan betapa mudahnya ia diatasi? Info lanjut di sini -> Penyelesaian air ketuban kurang
Jangkitan Pada Rahim Sebab Kena Induce
Terdapat sejenis jangkitan yang boleh menyerang rahim dan dikenali sebagai chorioamniontis. Ia dibimbangi boleh membahayakan bayi dan menyebabkan perlunya induce. Ia boleh terjadi sekiranya bayi mengambil masa lama untuk lahir.
Ibu Mengalami Kencing Manis, Darah Tinggi Atau Penyakit-Penyakit Lain
Ia juga boleh menjadi sebab kena induce kerana dikhuatiri menjadi kronik dan merisikokan bayi.
Set Ibu Mengandung Shaklee Boleh Elakkan Kena Induce?
Ia tidaklah dijamin 100% kerana tetap bergantung dengan keadaan setiap ibu. Apa yang pasti, set ini insya’Allah membantu memelihara kesihatan ibu-ibu semasa mengandung dengan membekalkan nutrisi yang diperlukan. Apabila nutrisi mencukupi, insya’Allah badan ibu pun akan menjadi lebih sihat.
Set Ibu Mengandung Shaklee Trimester Pertama
Vitalea, Vitamin C, Ostematrix & B-Complex
Set Ibu Mengandung Shaklee Trimester Kedua & Ketiga
Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, B-Complex, Omega Guard & ESP
Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.