Sembelit Ketika Berpantang Buat Rasa Tak Nak Bersalin Lagi

Sembelit ketika berpantang adalah sesuatu yang boleh mendatangkan trauma kepada ibu-ibu. Boleh bayangkan dengan jahitan yang belum betul-betul pulih, berjalan pun terkepit-kepit, nak buang air besar sembelit pulak. Terpaksa duduk lama di tandas dan meneran dengan berhati-hati sebab takut jahitan terbuka.

Memang sakit, kesian ibu-ibu yang alami sembelit ketika berpantang macam ni. Ibu baru bersalin sedang melalui peringkat pemulihan badan dan sebarang masalah sembelit atau ketakutan untuk membuang air besar akan mengundang ketidakselesaan perut pada si ibu, sekaligus menganggu proses pemulihan badan ibu.

Punca Sembelit Ketika Berpantang

1) Ibu mendapat jahitan selepas bersalin di bahagian anus (dubur) yang menyebabkan perasaan fobia si ibu yang jahitannya akan terbuka. Ibu-ibu akan mengetatkan otot mengendur di sebabkan ketakutan dan menyebabkan sembelit menjadi semakin teruk.

sembelit ketika berpantang

2) Kelancaran proses sistem pencernaan yang sedikit terganggu oleh proses kelahiran

3) Hormon progesteron yang tinggi semasa hamil mengganggu sistem pencernaan.

4) Sesetengah ubat penahan sakit semasa melahirkan anak menyebabkan sembelit.

Saya sendiri mengalami masalah sembelit semasa berpantang selepas kelahiran anak pertama, jadi saya sangat memahami betapa sulitnya keadaan tersebut. Masalah sembelit berisiko menjadi lebih kronik sekiranya:

  • Proses kelahiran bayi adalah menggunakan bantuan seperti forseps atau ventouse.
  • Pernah melahirkan bayi

Apakah cara mengatasi sembelit semasa berpantang?

1) Banyakkan minum air seperti air kosong dan jus buah. Malangnya ini menjadi pantang larang sesetengah ibu kerana risau ia akan menganggu pemulihan badan semasa berpantang. Kurangnya air sebenarnya menyebabkan sembelit menjadi lebih kronik.

2) Jangan duduk atau baring terlalu lama, ia akan memburukkan lagi keadaan sembelit.

3) Apabila berasa takut atau fobia semasa membuang air besar, alihkan perasaan takut itu dengan membawa bacaan seperti majalah atau buku semasa membuang air besar.

4) Cuba posisi yang sesuai untuk menggalakkan pergerakan usus seperti mencangkuk atau untuk tandas duduk, kaki harus berpijak pada sesuatu untuk menjadikan lutut lebih tinggi dari punggung, siku di letakkan atas lutut.

5) Makan magnesium bagi membantu masalah sembelit, Ostematrix Shaklee dapat membantu. Ia mengandungi magnesium untuk mengatasi sembelit semasa berpantang dan berfungsi untuk memastikan kalsium dapat diserap oleh badan dengan baik. Kalsium ini juga dapat membantu membekalkan kalsium tambahan bagi pemulihan ibu berpantang dan membekalkan kalsium bagi ibu menyusu.

Testimoni Ibu Yang Sembelit Ketika Berpantang

Ada ibu sampai rasa serik nak bersalin disebabkan masalah sembelit ketika berpantang ni. Boleh ikuti ceritanya di bawah ini.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

 

 

Ostematrix juga terdapat di dalam Set Bersalin Shaklee. Berminat hendak mencuba?

wpid-footnote.jpg