Sembelit selepas bersalin merupakan masalah lazim bagi seorang dari setiap 5 orang ibu. Sesetengah ibu juga menggelarkan sembelit selepas bersalin sebagai ‘menangis di dalam tandas’. Ini adalah kerana, ianya satu situasi yang mengundang ketidakselesaan pada si ibu.
Ibu baru bersalin sedang melalui peringkat pemulihan badan dan sebarang masalah sembelit atau ketakutan untuk membuang air besar akan mengundang ketidakselesaan perut pada si ibu, sekaligus menganggu proses pemulihan badan ibu.
Antara punca sembelit selepas bersalin ialah :
1) Ibu mendapat jahitan selepas bersalin di bahagian anus (dubur) yang menyebabkan sembelit selepas bersalin yang di sebabkan oleh perasaan fobia si ibu yang jahitannya akan terbuka. Ibu-ibu akan mengetatkan otot mengendur di sebabkan ketakutan dan menyebabkan sembelit selepas bersalin menjadi semakin teruk.
2) Kelancaran proses sistem pencernaan yang sedikit terganggu oleh proses kelahiran
3) Hormon progesteron yang tinggi semasa hamil mengganggu sistem pencernaan
4) Sesetengah ubat penahan sakit semasa melahirkan anak menyebabkan sembelit.
Saya sendiri mengalami masalah sembelit selepas bersalin semasa kelahiran anak pertama, jadi saya sangat memahami betapa sulitnya keadaan tersebut. Masalah sembelit berisiko menjadi lebih kronik sekiranya:
- Proses kelahiran bayi adalah menggunakan bantuan seperti forseps atau ventouse.
- Pernah melahirkan bayi
Apakah cara mengatasi sembelit selepas bersalin?
1) Banyakkan minum air seperti air kosong dan jus buah. Malangnya ini menjadi pantang larang sesetengah ibu kerana risau ia akan menganggu pemulihan badan semasa berpantang. Kurangnya air sebenarnya menyebabkan sembelit menjadi lebih kronik.
2) Jangan duduk atau baring terlalu lama, ia akan memburukkan sembelit selepas bersalin
3) Apabila berasa takut atau fobia semasa membuang air besar, alihkan perasaan takut itu dengan membawa bacaan seperti majalah atau buku semasa membuang air besar.
4) Cuba posisi yang sesuai untuk menggalakkan pergerakan usus seperti mencangkuk atau untuk tandas duduk, kaki harus berpijak pada sesuatu untuk menjadikan lutut lebih tinggi dari punggung, siku di letakkan atas lutut.
5) Makan magnesium bagi merawat sembelit selepas bersalin. Ostematrix Shaklee dapat membantu. Ia mengandungi magnesium untuk mengatasi sembelit selepas bersalin dan berfungsi untuk memastikan kalsium dapat diserap oleh badan dengan baik. Kalsium ini juga dapat membantu membekalkan kalsium tambahan bagi pemulihan ibu berpantang dan membekalkan kalsium bagi ibu menyusu.
Ada testimoni video untuk masalah sembelit ini
Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.
Ostematrix juga terkandung dalam Set Bersalin Shaklee yang sedang hangat di pasaran
Tempahlah sekarang!
Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
FB : https://www.facebook.com/messages/kedaivitamins
Email : kedai.vitamin@yahoo.com
atau isi borang
1 Comment