Set Ibu Mengandung Shaklee – Tips Untuk 1001 Masalah Ibu Mengandung

Waktu mengandung adalah detik yang paling membahagiakan bagi setiap ibu. Rasa berdebar dan seronok bila melihat si kecil semakin membesar di dalam perut ibu. Tetapi, tidak dapat dinafikan waktu mengandung juga membawa 1001 masalah kesihatan kepada sesetengah ibu. Di antara masalah tersebut ialah :

Kencing Manis Gestasi / Kencing Manis Ibu Mengandung

Kencing manis gestasi merupakan penyakit kencing manis yang cuma dihidapi oleh ibu yang mengandung. Lazimnya ibu-ibu ini bukanlah pengidap kencing manis semasa di luar waktu kehamilan. Tetapi kadar bacaan gula dalam darahnya akan meningkat secara mendadak semasa mengandung. Pada kebiasaannya doktor akan menasihati ibu untuk bersenam dan mengawal pemakanan. Kencing manis gestasi boleh memberi mudarat kepada bayi di dalam kandungan. Ini menyebabkan ia menjadi salah satu perkara penting yang dipantau oleh doktor untuk ibu mengandung. Maklumat lanjut tentang kencing manis ibu mengandung di sini  http://kedaivitamin.com/set-ibu-hamil-kencing-manis/ ‎ Bagaimana Set Ibu Mengandung Shaklee Membantu? set ibu mengandung shaklee kencing manis   i) B-Complex -Ia membantu metabolisma gula dan pembebasan tenaga dalam sel ii) Vita-Lea -Membekalkan zinc pada badan bagi menghasilkan lebih banyak insulin iii) Ostematrix -Mengandungi magnesium yang boleh membantu kencing manis kerana kencing manis turut berpunca daripada kekurangan magnesium.

Sakit Belakang / Back Pain Ibu Mengandung

Ia biasanya berlaku kepada ibu-ibu yang bukan mengandung buat kali pertama. Sakit belakang akan terasa lebih awal bergantung kepada kandungan. Ibu yang mengandung anak ketiga atau keempat akan lebih cepat mengalami sakit belakang berbanding sewaktu dia mengandungkan anak pertama.

source

Tulang belakang manusia di bahagian hujung sedikit melengkung ke dalam (seperti huruf ‘S’) apabila semakin kerap ibu mengandung, bahagian ini akan menjadi semakin melengkung dan menyebabkan sakit belakang menjadi lebih ketara. Ia boleh diatasi dengan senaman dan pengambilan kalsium. Bagaimana Set Ibu Mengandung Shaklee Membantu?   ibu mengandung sakit belakang

Morning Sickness

Simptom ini sebenarnya adalah sesuatu yang baik bagi ibu mengandung kerana ia menunjukkan kadar hormon si ibu adalah tinggi dan cukup kuat untuk menampung kehamilan. Pada peringkat ini si ibu perlu banyak bersabar dan tidak stress kerana ia boleh menjejaskan bayi dalam kandungan. Diantara cara atasi morning sickness adalah dengan menggunakan vitamin semulajadi iaitu Vitamin B dan Ostematrix. Bagaimana Set Ibu Mengandung Shaklee Membantu? morning sickness ibu mengandung Vitamin B Mengandungi set lengkap vitamin B yang perlu dalam badan. 2 jenis vitamin B iaitu B2 (riboflavin) dan B6 (pyridoxine) dapat menjadi cara atasi morning sickness.  Menurut American College of Obstetrics and Gynecology,  vitamin B dianggap sebagai penawar paling mujarab sebagai cara atasi morning sickness. (source & source) Ostematrix adalah daripada gabungan kalsium dan magnesium. Selain daripada mengelakkan osteoporosis, ia juga berfungsi sebagai cara atasi morning sickness. Perubahan hormon pada wanita akan mengakibatkan kandungan magnesium turut terjejas dan menyebabkan ibu pening kepala. Pengambilan magnesium dapat mengatasi masalah ini. Info lanjut di sini http://kedaivitamin.com/cara-atasi-morning-sickness/ 

Kencing Kotor Ibu Mengandung

Ianya berlaku kesan daripada rahim yang membesar dan menyebabkan ibu mengandung tidak dapat membuang air kecil dengan sempurna/lawas. Air kencing yang tertinggal di dalam akan menyebabkan terjadinya jangkitan kuman. Apa yang dapat dilakukan oleh ibu ialah dengan membuat pemeriksaan doktor. Pada kebiasaannya, doktor akan memberikan antibiotik. Kesan daripada kencing kotor ialah kuman tersebut boleh menjangkiti paru-paru bayi semasa kelahirannya dan mengakitbatkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas. Selain itu, ia juga dapat dielakkan dengan cara ibu terus pergi membuang air kecil setiap kali selepas melakukan perhubungan. Ini dapat mengelakkan berlakunya jangkitan. footnote