Keputihan Wanita? Cuba Set Keputihan Shaklee

Keputihan atau lendir faraj merupakan sesuatu yang lazim bagi wanita, ianya sebagai petanda seseorang wanita itu mengalami perubahan hormon, stress, penyakit dalaman atau kesan ubat yang diambil. Keputihan sebenarnya sangat baik untuk menentukan fasa kesuburan seseorang wanita. Wanita yang merancang untuk mengandung boleh memantau kelikatan cecair faraj ini samada bertambah cair (berlaku ovulasi) atau bertambah likat (menghampiri haid)
Masalah bermula bila keputihan ini menjadi sangat banyak dan berubah warna (keputihan normal adalah berwarna jernih atau kelabu keputihan). Hati-hati jika berlaku simptom seperti berikut kepada anda:
1) Warna keputihan menjadi kekuningan atau kehijauan – ini petanda jangkitan kuman, kadang-kadang menyebabkan kegatalan pada faraj
2) Keputihan berlendir dan kelihatan seperti susu basi juga merupakan tanda jangkitan kuman
3) Bau hanyir pada keputihan
4) Faraj mengalami radang atau kegatalan

Punca Keputihan Wanita

1) Wanita yang terangsang secara seksual (ini tidak mendatangkan sebarang masalah kesihatan)

2) Bila seorang wanita mengalami stress, perubahan hormon berlaku dan sekaligus menyebabkan keputihan bertambah banyak. Kadangkala stress juga menganggu kitar haid wanita.

3) Jangkitan kuman tertentu menyebabkan keputihan mempunyai sifat lendiran tertentu dan bau tersendiri. Ianya perlu dirawat dengan segera sebelum mereka ke bahagian organ dalaman.

4) Pemakanan, terdapat sesetengah makanan yang menyebabkan keputihan menjadi banyak dan berbau. Contoh makanan seperti ini ialah timun, nanas, makanan dengan ragi dan gula.

Cara Mengelakkan Keputihan Wanita

1) Segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut dan mengetahui punca keputihan. Kadangkala ianya cuma keputihan biasa, tetapi sekiranya ia merupakan jangkitan, adalah baik untuk mendapatkan rawatan awal.
2) Bagi yang telah berkahwin, pastikan anda melakukan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis dengan kadar sepatutnya bagi mengesan sebarang masalah atau jangkitan kuman pada organ dalaman.
3) Ganti pad sanitari dengan kerap semasa kedatangan haid bagi mengelakkan jangkitan pada faraj.
4) Gunakan panty liner semasa di luar waktu haid dan gantikannya dengan kerap bagi mengelakkan jangkitan.
5) Pastikan bahagian faraj kering setiap kali selepas membuang air. Organ wanita adalah sensitif dan tidak boleh dibiarkan basah kerana boleh menyebabkan pembiakan kuman.
6) Jangan gunakan sebarangan cecair pencuci kerana tidak semua orang sesuai menggunakannya.

Set Keputihan Shaklee

Ada dua supplemen Shaklee yang boleh diamalkan bagi membantu masalah keputihan wanita, iaitu Alfalfa Complex, Garlic dan GLA.

Alfalfa Complex
RM53.75/330 biji
RM97.50/700 biji
Alfalfa Complex merupakan produk Shaklee yang sering dicadangkan bagi masalah keputihan wanita. Ini adalah disebabkan oleh sifatnya yang anti kulat. Ramai yang telah mencuba dan merasai perbezaannya.
keputihan wanita

Alfalfa juga mempunyai phytoesrogens yang mempunyai fungsi seperti kacip fatimah, info lanjut di sini http://kedaivitamin.com/petua-merapatkan-alat-sulit-wanita/ Ia sangat membantu dalah memulihkan hubungan suami-isteri. Malahan baik untuk memulihkan keanjalan payudara wanita berkahwin.

Garlic 
RM47.50/ 60 biji
Garlic bersifat antibiotik semulajadi dan merupakan satu lagi agen anti kulat.  Ia juga membantu untuk menaikkan sistem imun badan dan meningkatkan kesihatan selain membantu masalah keputihan wanita.

Set Kesuburan Shaklee Malaysia

 

GLA Complex

RM91.25/ 60 biji

GLA Complex membantu masalah keputihan wanita dengan cara mengelakkan kulat dari merebak, ia juga membantu dalam masalah kesuburan wanita. Info lanjut di sini http://kedaivitamin.com/tips-cepat-hamil-dengan-gla-complex/

footnote