Set Menopause Shaklee – Membantu Hubungan Suami Isteri

set menopous Shaklee

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Ia sangat sesuai diambil oleh golongan wanita pada semua peringkat umur. Bagi wanita muda, mungkin akan memerlukan GLA Complex untuk membantu masalah kitar haid, senggugut, sukar hamil, kulit cantik dan sebagainya. Tetapi, bagi wanita menopause, pengambilan GLA sudah jatuh kepada kategori wajib.

Menopause dan tanda-tandanya

Ia adalah satu fasa dalam kitar hidup seorang wanita di mana kitar haidnya terhenti dan juga memberi petanda dirinya sudah tidak boleh mengandung. Ia juga adalah tempoh apabila ovari mula menghentikan fungsinya.

Walaupun kedengaran agak menakutkan, menopause bukanlah seteruk yang disangka.  Seorang wanita masih boleh menikmati hidupnya seperti biasa dan beribadat seperti biasa. Malah dia juga mendapat kelebihan apabila tidak didatangi haid.

Apakah tanda-tanda menopause?

1. Fizikal
* Rasa panas dan kulit muka menjadi kemerahan
* Sering berpeluh
* Degupan jantung yang kencang
* Sering panik
* Insomnia atau kesukaran untuk tidur

2. Mental
* Ketidakstabilan emosi
* Ketidakstabilan perasaan
* Sering kepenatan
* Memori berkurangan
* Sensitif
* Kurang kemahuan untuk seks

3. Alat sulit

* Vagina menjadi kering
* Kerap buang air kecil
* Tidak dapat mengawal air kencing

4. Tulang
* Mengalami osteoporosis

5. Lain-lain
* Masalah kulit
* Rambut gugur

Bagaimana GLA Shaklee Membantu?

1) GLA membantu memberi kestabilan pada hormon estrogen dan testosteron. Wanita menopause akan mengalami penurunan kadar estrogen yang mendadak dan ini dapat diatasi dengan pengambilan GLA Shaklee.
2) Membantu mengatasi perubahan emosi pada wanita menopause.
3) GLA boleh diambil oleh wanita yang mula mengalami pra-menopause kerana ia dapat membantu dalam melambatkan proses tersebut. Ia juga membantu masalah rasa panas, tidak boleh tidur, masalah penghadaman dan kemurungan.
4) Apabila diambil untuk jangkamasa panjang, ia dapat memberikan kesan awet muda, mengetatkan bahagian rahim dan memberikan kelembapan pada kulit.
5) GLA membantu masalah kulit pada wanita menopause. Ia meredakan inflamasi, gejala kulit kering, eczema, masalah gatal kulit dan meredakan bengkak sendi.
6) Wanita menopause juga mudah naik berat badan.  Pengambilan GLA membantu menurunkan kadar kolesterol, merangsang kitaran darah, menstabilkan tekanan darah dan membantu penurunan berat badan.
Berikut adalah testimoni berkenaan penggunaan GLA Shaklee bagi wanita menopause.
set menopause
footnote