Kenapa Shaklee Cepat Menjadi Berita Viral?

Apa sahaja cerita mengenai Shaklee pasti cepat menjadi berita viral. Saya pernah monitor, dalam masa 1 jam, boleh dapat 2000 share di Facebook! Kagum sungguh saya dengan angka tersebut dan kagum sungguh saya dengan kegigihan saya nak monitor berapa share dalam masa 1 jam. Indahnya kalau ada yang sudi share promosi produk saya secepat itu.

Tahukah Tuan Puan kenapa Shaklee cepat menjadi berita viral? Ini adalah pendapat peribadi saya sendiri dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak, yang hidup atau pun yang sudah tiada.

Kenapa Shaklee Cepat Menjadi Berita Viral?

500-500-newsinsights

source

1)Shaklee mempunyai lebih satu juta pengedar di seluruh Malaysia
Dengan bayaran RM69 (atau RM68.90 sebenarnya), ramai yang sudi berdaftar dan menjadi ahli Shaklee. Bilangan ahli yang ramai ini menyebabkan apa juga berita mengenai Shaklee akan cepat mendapat perhatian oleh ahli-ahli sendiri, saudara-mara atau rakan dan taulan ahli-ahli tersebut.

2) Media sosial FB yang memudahkan perkongsian
Klik saja ‘share’ dan sepantas kilat artikel tu dah ada di ‘wall FB’ anda. Mudah dan cepat. Cuma pastikan apa yang anda ‘share’ tu sahih ya. Jangan jadi macam saya dulu, pernah forward artikel tak sahih melalui email. Jenuh saya nak email semula dekat semua penerima tu untuk betulkan fakta.

3) Perkongsian FB yang dah serupa MLM

Saya tahu ada segelintir orang yang tak suka MLM. Kebanyakannya berpunca dari skim piramid. Shaklee tak amalkan skim piramid ya. Tapi, bila kita berkongsi sesuatu di FB kita, semua orang di dalam friendlist kita berpotensi untuk ‘share’ perkara tersebut dan semua orang dalam friendlistnya juga dan seterusnya. Sebijik macam MLM skim piramid. Sharing is caring katanya. Sekali lagi pastikan perkongsian kita adalah tepat dan memberi manfaat kepada pembaca lain ya.

berita viral source

4) Isu yang diketengahkan
Isu yang dikaitkan dengan Shaklee juga menjadi faktor penyumbang ianya menjadi berita viral. Kalau isu yang menjadi berita viral tu adalah Bagaimana B-Complex Membantu Meningkatkan Kesuburan – happy juga saya. Tapi malangnya setakat ini isu yang dikaitkan bukan berkaitan dengan kebaikan produk Shaklee.

5) Komen-komen dari pembaca artikel tersebut

source

Ini yang paling menarik sebenarnya. Komen-komen dari pembaca. Pembaca seperti anda dan saya. Kita bukan pemilik artikel tersebut, tapi kita semua mempunyai pendapat kita sendiri. Apa yang membezakan kita adalah kita mahu berkongsinya di ruangan komen atau tidak.

Bila berkongsi, ingatlah, perkongsian di media sosial tak sama seperti kita bercakap berdepan. Orang tak dapat mengagak intonasi kita, malah mudah salah faham. Bila salah faham, ia cenderung kepada perbalahan di ruangan komen. Apa yang kita dapat dari perbalahan?

Apa yang lebih menyedihkan bila kita sesama Islam yang bertelagah di ruangan komen. Bayangkan jika Rasulullah s.a.w masih hidup dan melihat tingkah laku kita ini, apa agaknya perasaan baginda?

Apa Pendekatan Terbaik Untuk Kita?

Diam itu sebenarnya pintar. Apatah lagi jika diam kita itu mampu mengelakkan perbalahan. Lagipun, jika kita komen atau tidak, adakah ia akan mempengaruhi isi kandungan artikel tersebut?

Adakah komen kita itu akan memberi kesan kepada apa-apa?

Lebih-lebih lagi jika kita bukan pihak-pihak yang terlibat dengan isi kandungan artikel tersebut, sebaiknya tidak perlulah kita komen dan membidas komen-komen orang lain di situ. Ingat, semua umat Islam itu bersaudara. Wajarkah perbuatan kita menyakiti hati saudara sendiri melalui tulisan kita di ruangan komen tersebut?

Semua ini cuma pendapat peribadi saya. Ia juga merupakan peringatan untuk diri saya sendiri. Sekiranya terdapat tutur kata saya yang mengguris perasaan, dengan penuh rendah diri saya mohon maaf. Semoga kita semua sentiasa berusaha untuk menjadi Muslim yang lebih baik.