Shaklee halal atau tidak? Menjawab isu sijil Halal Shaklee.

Isu Shaklee halal atau tidak telah lama kita dengari dan ianya boleh dikatakan telah diulang berkali-kali.  Kebanyakkan pengedar Shaklee adalah beragama Islam dan kami juga sensitif dan prihatin dengan isu ini kerana inilah yang akan kami sendiri makan dan berikan pada anak-anak kami.

Walaupun sijil halal Shaklee adalah daripada sebuah badan halal Amerika iaitu Islamic Services of America, ia telah mendapat pengiktirafan daripada Jakim. Ada pula pihak-pihak mempertikaikan, kenapa tidak ambil sijil halal Jakim sahaja? Betul ke Shaklee halal? Ini adalah kerana, pemantauan halal akan menjadi lebih efektif sekiranya ia dijalankan oleh badan halal di negara tempat produk tersebut dihasilkan. Jakim memiliki sistem yang ketat dalam mengiktiraf mana-mana badan halal lain di dunia, disebabkan itulah ada badan halal seperti Australian Federation of Islamic Council yang ditarik balik pengiktirafan halalnya kerana melanggar ketetapan yang ditetapkan oleh Jakim.

Namun begitu, Islamic Services of America yang menjadi badan yang menentukan Shaklee halal ataupun tidak masih berada dalam senarai badan halal diiktiraf Jakim.

Shaklee Halal

Isu Shaklee Halal di media sosial

Terdapat sesetengah pihak yang memainkan isu Shaklee halal di media sosial seperti Facebook tanpa mencari maklumat yang sahih sebelum membuat kesimpulan. Ini bukan terhad kepada pengguna Shaklee sahaja, tetapi keseluruhan pengguna. Mereka lebih mempercayai apa yang ditulis di media sosial atau laman seperti Youtube mengenai status halal sesuatu produk dan bukannya badan halal yang diiktiraf seperti Jakim. Situasi ini agak menyedihkan kerana badan halal negara kita ini diterima sehingga ke peringkat antarabangsa tetapi tidak dihargai oleh rakyat Malaysia sendiri.

Sikap rakyat Malaysia yang terlalu gemar menyebarkan sesetengah isu tanpa rasa bertanggungjawab juga menjadi satu punca isu-isu yang tidak benar menular. Mereka tidak mahu mendapatkan kepastian sendiri malah dengan selamba menjawab “saya cuma share sahaja…” sedangkan mereka telah menjadi penyebar fitnah sekiranya perkara yang mereka cuma “share sahaja” itu tidak benar.

Setakat ini, isu Shaklee halal boleh dianggap tidak lagi menjadi isu besar kerana kebanyakkan pengguna telah pun mengetahui status halal produk Shaklee.

Sijil Halal Shaklee

Nama produk-produk yang telah selesai diaudit untuk sijil halal

Nama produk-produk yang telah selesai diaudit untuk sijil halal

sijil halal produk shaklee

Sijil Halal Shaklee dikeluarkan oleh Islamic Services of America. Proses untuk mendapatkan sijil halal sebenarnya adalah satu proses yang sangat rumit dan kritikal bagi kedua-kedua pihak yang memohon dan memberikan sijil. Orang-orang yang terlibat dalam mengiktiraf status halal Shaklee merupakan orang-orang yang tahu akan besarnya tanggungjawab yang dipikulnya untuk agama.

Boleh rujuk di sini untuk badan halal diiktiraf Jakim

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf atau http://kedaivitamin.com/sijil-halal/

Sekiranya anda nampak mana-mana pihak cuba menyebarkan fitnah isu Shaklee halal atau tidak, anda boleh adukan kepada pihak Shaklee untuk tindakan lanjut.

Hubungi saya untuk pembelian produk Shaklee 

Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)

SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658

 
 

1 Comment

Comments are closed.