Setiap pagi bila bangun dari tidur, Aina ( bukan nama sebenar) selalu terasa pening kepala. Pagi yang sepatutnya produktif, kena bersiap-siap untuk pergi kerja, menyiapkan anak-anak ke sekolah, siapkan sarapan mereka dah jadi terganggu. Ini semua bermula sejak setahun lalu, sejak keadaan sinus Aina bertambah kronik.
Sinusnya bukan saja membuatkan Aina nampak seolah-olah selsema setiap masa, ia juga menganggu sistem pernafasan Aina. Aina jadi tak lena tidur setiap malam kerana kesukaran bernafas dan menjadi pening kepala pada keesokan paginya. Ramai doktor sudah Aina temui untuk membantu masalahnya, tapi semua memberi penyelesaian yang sama, Aina perlu dioperate untuk memulihkan masalah sinusnya.
Aina memang penakut sikit part kena operate ni, tapi bukan itu punca utama dia masih belum mahu operate. Aina dan suami PJJ disebabkan suaminya yang bekerja dalam industri oil & gas, kalau Aina kena operate, tentu ambil masa untuk pulih. Kesian pula pada anak-anak nanti tiada yang mengurus. Anak-anak Aina 8, 4 dan 1 tahun, semuanya sedang memerlukan perhatian Aina.
Satu pagi, Aina benar-benar stress, dia terlewat bangun pagi. Kebiasaannya dia akan bangun pukul 5 pagi, tapi hari itu pukul 6.30 pagi baru dia terjaga. Kelam kabut Aina pagi tu hendak solat Subuh, menyiapkan diri dan anak-anak. Kepala pening memang tak boleh nak dibawak berbincang dah. Aina lewat sampai ke pejabat hari itu dan semua kerjanya gagal disiapkan secara sempurna.
Ini bukan kali pertama Aina terlambat ke pejabat, dalam sebulan pasti ada 2-3 kali berlaku situasi lambat ini. Anak-anak pulak tak dapat bersarapan dengan sempurna pada hari Aina terlewat. Kesian sangat pada anak-anak! Aina pernah terfikir untuk berhenti kerja, bos pun sudah beberapa kali memberi peringatan berkenaan kelewatan Aina. Tapi Aina sangat sayangkan pekerjaannya sekarang dan berhenti kerja takkan menyelesaikan masalah pening kepala dan sinus Aina.
Rakan sekerja Aina, Najjah sudah beberapa kali mengesyorkan Ainamencuba Res V Shaklee. Tapi Aina banyak kali bertangguh kerana dia merasakan Res V ni agak mahal dan belum tentu dapat membantu masalahnya. Tapi hari itu Aina nekad berjumpa Najjah untuk mencuba Res V, mesti dia tahu di mana boleh beli. Rupanya Najjah pengedar Shaklee, patutlah berbotol-botol vitamin Shaklee atas meja ofis dia, sempat Aina membawang didalam hati. Najjah memang ada sebotol Res V yang belum dibuka di ofis, tak perlu disimpan di dalam peti ais, sebab tu Najjah berani simpan di ofis.
Petang itu Aina balik dengan penuh harapan bersama sebotol Res V. Malam ini aku nak try makan Res V, katanya didalam hati. Aina mula mengambil 2 biji Res V sebelum tidur.
Seminggu kemudian, Najjah menegur Aina, dia perasan perubahan Aina yang semakin ceria dan tidak lagi murung. Aina sangat berterima kasih pada Najjah sebab memperkenalkan dia dengan Res V. Pada peringkat awal, dia tak terasa apa-apa perubahan, tapi selepas beberapa hari Aina mulai perasan yang dia terasa lebih cergas apabila bangun pagi dan pening kepalanya pun tiada lagi. Anak-anak Aina pun gembira dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Aina. Ibu mereka kini lebih ceria dan dapat melayani mereka dengan sempurna.
