Spotting Ketika Hamil – Adakah Merbahaya?

Spotting ketika hamil adalah situasi di mana berlaku pendarahan semasa ibu mengandung. Ianya adalah sesuatu yang tidak normal kerana ibu hamil seperti yang diketahui umum tidak akan mengalami kedatangan haid. Pada kebiasaannya,  spotting ketika hamil menjadi petanda yang ibu hamil perlu berehat dari membuat kerja-kerja berat.

Satu perempat dari ibu-ibu akan mengalami  spotting ketika hamil di peringkat awal kehamilan (trimester 1). Spotting ketika hamil  jenis ini biasanya adalah tidak membahaya. 

Ianya adalah berpunca daripada :

1) Selepas telur disenyawakan, ia akan melekatkan dirinya ke dinding uterus. Proses pelekatan ini kadangkala akan menyebabkan berlakunya pendarahan atau spotting ketika hamil  untuk satu jangkamasa pendek.

2) Kadangkala terdapat ‘kekeliruan’ pada hormon yang mengawal kedatangan haid anda. Ini menyebabkan kedatangan haid pada waktu anda sepatutnya datang haid sekiranya anda tidak hamil lalu menyebabkan terjadinya spotting ketika hamil .

Walau bagaimanapun, terdapat juga situasi spotting ketika hamil yang perlu diberi perhatian.

1) Apabila ibu mengalami tekanan atau pukulan kuat di bahagian perut dan terus mengalami spotting ketika hamil .

2) Apabila ibu terlibat dalam sebarang kemalangan yang menjuruskan kepada spotting ketika hamil .

3) Ibu mungkin sedang mengalami tanda-tanda awal keguguran yang berpunca dari kegagalan janin untuk terus berkembang menjadi bayi. Spotting ketika hamil  ini akan berterusan dan menjadi bertambah banyak seperti kedatangan haid sehinggalah janin yang tidak jadi itu keluar dari ibu.

4) Berlakunya kehamilan ektopik iaitu kehamilan di luar rahim. Ia bukan sahaja menyebabkan spotting ketika hamil tetapi turut menyebabkan kesakitan yang melampau.

5) Kehamilan molar turut menyebabkan spotting ketika hamil. Ia adalah situasi apabila janin tidak berkembang, tetapi plasentanya masih berkembang dengan baik.

Apa yang penting, ibu-ibu perlu terus berjumpa dengan doktor sekiranya ia berlaku dan  ibu-ibu sangat pasti ada yang tidak kena dengan situasi tersebut. Naluri ibu sangat kuat, percaya kepada itu.

set hamil shaklee trimester 2&3

Tempahlah Set Hamil Shaklee anda sekarang!

Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)

SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658

FB :  https://www.facebook.com/messages/kedaivitamins

Email : kedai.vitamin@yahoo.com

atau isi borang

http://www.babycenter.com.my/