Suami nak kahwin lagi memang sangat menakutkan. 2 tahun lepas ada seorang wanita contact saya melalui sms. Lewat juga masa tu pukul 11 malam. Kebetulan saya pun belum tidur, jadi saya layankan saja.
Dia hendak beli Set Kurus Shaklee. Jadi saya pun macam biasa tanyakan soalan-soalan yang perlu dan cadangkan pakej yang sesuai. Tiba-tiba dia kata nak cuba dapatkan anak juga. Saya nasihatkan untuk kurangkan berat badan dulu sebab ia mempengaruhi kesuburan juga. Terus dia sms saya dengan panjang lebar.
“Suami saya nak kahwin lagi kalau saya gagal mengandung Puan, tapi dalam masa yang sama, dia komplen penampilan saya yang agak berisi.”
Terkejut saya sekejap. Eh, too much information dah ni.
“Dia dah ada calon untuk kahwin lain Puan. Yang tambah menyakitkan hati saya, ibu mertua saya pun menyokong dia kahwin lagi”.
Dah makin kompleks pulak dah ceritanya ni. Saya tak tau nak reply apa. Saya jual vitamin aje, tak pandai kaunseling orang.
“Tapi saya tau saya tak mandul Puan, saya dah ada sorang anak dari perkahwinan dulu. Suami saya yang sekarang ni perkahwinan kedua saya, tapi perkahwinan pertama untuk dia”.
Akhirnya saya terfikir untuk balas apa. Saya katakan pada dia, kesuburan ni kadangkala ambil masa untuk serasi sesama pasangan. Itu yang mempengaruhi cepat atau pun lambat mendapatkan anak. Saya cadangkan dia untuk kuruskan badan dan perbaiki penampilan dahulu. Saya juga cadangkan Vivix. Wah, kalau dah cadangkan Vivix tu memang pemulihan maksima la ibaratnya tu.
Selepas itu saya terangkan tentang Set Kesuburan Shaklee Premium. Dia macam terkejut betapa dia mengabaikan kesihatan dan penjagaan diri selama ni.
“Patutlah suami saya nak cari lain Puan!”
Lama juga dia istiqamah dengan pengambilan set ini. Puas juga saya memastikan dia mengikut sampel diet plan yang saya berikan. Sampai 3 sampel yang saya beri. Akhirnya dia berjaya mencapai berat badannya yang ideal. Gembiranya dia, tak terkata. Tahun lalu bila dihubungi customer saya ini dengan ceria memaklumkan dia baru saja mengandung. Hubungannya dengan suami tidaklah pulih 100% tapi beransur baik dan suaminya sudah berhenti bercakap tentang kahwin dua.
Nasihat saya pada isteri-isteri di luar sana, jagalah penampilan untuk diri anda sendiri (bukan suami!). Sayangi diri sendiri, pelihara kesihatan kita, beri yang terbaik untuk diri kita dan orang lain akan berebut-rebut untuk sayang kepada kita.
Ingin mencuba produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!
Betul tu barulah suami tak pandang wanita lainn…orang laki ni dia kata life begin 40’s ..heh.heh 🙂 Kena hati-hati bilah dah umur macam tu…
si suami kena fikir balik, mampukah dia beristeri dua, tiga dan empat.