Apakah punca susu ibu kurang? Ia sebenarnya dipengaruhi oleh faktor fizikal, emosi dan persekitaran ibu. Susu ibu kurang memang mendatangkan kerunsingan pada ibu terutamanya ibu yang komited untuk memberi cuma susu ibu pada bayi. Ada ibu-ibu yang berusaha mengkaji tetapi tidak kurang juga ibu-ibu yang mengambil keputusan untuk memberikan susu formula untuk menampung kekurangan susu ibu.
Berikut adalah punca susu ibu kurang dan bagaimana Set Breastfeeding Shaklee dapat membantu.
Ibu Stress dan Menyebabkan Susu Kurang
Ini kebiasaanya berlaku pada ibu-ibu bekerja atau ibu-ibu yang dilanda masalah. Bagi ibu-ibu bekerja, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja pun boleh dilanda stress, apa lagi dengan kesesakan jalanraya yang biasa berlaku. Ini belum mengambil kira persekitaran di tempat kerja yang turut mendatangkan stress dan menyebabkan penghasilan susu ibu kurang.
Ia boleh diatasi dengan pengambilan B-Complex Shaklee yang terdapat di dalam Set Breastfeeding Shaklee.
B-Complex Shaklee mengandungi asid folik semulajadi yang pertama didunia dengan kadar serapan yang sangat tinggi. Hampir 99% asid folik yang terdapat di pasaran sebenarnya adalah vitamin sintetik dan bukan semulajadi. Vitamin sintetik banyak digunakan kerana sebelum ini vitamin B-Complex semulajadi tidak mudah menyerap dalam tubuh, sehinggalah penemuan vitamin B-Complex Shaklee.
B-Complex berfungsi untuk merendahkan kadar stress dan membantu ibu untuk lebih fokus dengan kerja.
Ibu kurang mengepam susu juga menyebabkan susu ibu kurang
Walaupun apa produk yang dimakan, sekiranya ibu kurang mengepam susu atau memberi secara direct-feed kepada bayi, susu ibu tetap akan kurang. Penghasilan susu ibu adalah mengikut konsep demand-supply, semakin kerap ia dikeluarkan, otak akan memberikan signal supaya lebih banyak ia dihasilkan.
Pengambilan Set Breastfeeding Shaklee cuma membantu sekiranya ibu kerap mengepam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. ‘Milk-booster’ yang terkenal ialah Alfalfa dan ia biasanya diambil bersama dengan ESP untuk meningkatkan lagi penghasilan susu dan menambah tenaga ibu. Boleh rujuk di sini http://kedaivitamin.com/makanan-tambah-susu-ibu/
Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Ibu yang keletihan dan susu ibu kurang
Menyusukan bayi dan dalam masa yang sama perlu melakukan tugas harian sebenarnya amat meletihkan. Ibu-ibu perlu memastikan mengambil pemakanan seimbang bagi memastikan nutrien yang mencukupi dalam penghasilan susu ibu. Tetapi, apa yang sering berlaku, ibu-ibu tidak mendapat khasiat yang secukupnya disebabkan kesibukan dengan tugas seharian. Ia seterusnya menyebabkan susu ibu kurang dihasilkan oleh badan ibu.
Ini dapat diatasi dengan pengambilan supplement dalam Set Breastfeeding Shaklee. Fungsi utama supplement adalah untuk mencukupkan keperluan nutrisi badan. Makanan yang dimakan setiap hari telah melalui perlbagai proses dan menyebabkan ibu tidak mendapat 100% khasiat yang sepatutnya.
Apabila nutrien dalam badan mencukupi, ibu akan dapat mengatasi keletihan dan lebih gembira, sekaligus dapat membantu dalam penghasilan susu ibu yang lebih.
Pemikiran/ Mind Set Ibu menyebabkan susu ibu kurang
Cabaran utama untuk breastfeed (BF) bukanlah ada atau tidak susu. Tapi mind-set ibu itu sendiri. Kalau dari awal ibu dalam pemikiran ibu menganggap tiada susu, maka memang itulah hasilnya. Selain daripada persediaan fizikal seperti alatan mengepam, persediaan mental seperti mind-set dan sokongan keluarga, ibu juga memerlukan persediaan dalam bentuk makanan. Info lanjut http://kedaivitamin.com/set-breastfeeding-shaklee-persediaan-untuk-breastfeed/
Pelbagai info mengenai Set Breastfeeding Shaklee boleh didapati di sini
Set Breastfeeding Shaklee Tidak Diiktiraf Doktor?
Harga Set Breastfeeding Shaklee
Tips Banyakkan Susu Ibu Hingga Melimpah Ruah!
1 Comment