Susu ibu sikit, itu yang selalu saya dengar daripada ibu-ibu yang datang mengadu. Tidak kurang juga yang beri sebab yang sama di dalam forum-forum penyusuan yang saya sertai. Kebanyakan ibu menjadikan masalah susu ibu sikit sebagai faktor yang menyebabkan mereka terpaksa untuk mencampurkan susu bayi.
Tidak kurang juga yang menjadikan sebab akan mula bekerja sebagai sebab untuk mencampurkan susu formula kepada bayi. Apa yang lebih menakutkan saya apabila terbaca tentang segelintir ibu yang telah mula mencampurkan nestum pada susu bayi yang baru berusia sebulan kerana susu ibu sikit dan bayi tidak kenyang menyusu susu ibu.
Pada pendapat saya, yang juga ibu bekerja, tidak perlu memberi susu formula pada bayi sekiranya hendak mula bekerja semula kerana sekarang terlalu banyak kemudahan mengepam dan menyimpan susu berbanding dengan 10-20 tahun dulu.
Susu Formula Bukan Penyelesaian Susu Ibu Sikit
Saya pernah melalui fasa kali pertama menjadi ibu dan saya akui ia tidak mudah. Kurangnya mencari ilmu dan kurang sokongan dari persekitaran menyebabkan saya mengalah dan mula memberi susu formula pada bayi pertama saya. Saya akui yang saya sangat menyesal kerana tidak pro-aktif mencari maklumat ketika itu. Keadaan mula berubah semasa bayi kedua dan alhamdulillah si kecil berjaya menyusu badan sehingga usia 2 tahun.
Susu formula bukanlah penyelesaian untuk susu ibu sikit, ia sebenarnya memburukkan lagi keadaan. Ini berlaku kerana bayi akan semakin kurang ‘direct feed’ dan menyebabkan kurangnya stimulasi untuk menghasilkan susu. Bayi juga akan mula menggemari botol susu kerana baginya ia lebih mudah dihisap. Ini akan menyebabkan susu ibu sikit dan mungkin terus kering. Susu ibu sebenarnya terhasil melalui konsep demand vs supply.
Kita cuba bayangkan konsep ini dengan pelayan di restoran yang akan mengisikan air ke dalam gelas kita setiap kali ia kosong atau hampir kosong. Andainya air di dalam gelas itu kita pindahkan ke dalam bekas lain yang lebih besar untuk disimpan, dan setiap kali ia kosong pelayan itu akan mengisinya, tentu akhirnya bekas besar kita itu akan penuh bukan? Tetapi, jika kita tidak mengosongkan gelas kita tadi, pelayan itu sudah tentu tidak akan datang untuk mengisinya.
Ini lah konsep ‘demand-supply’. ‘Demand itu ada’, iaitu gelas yang kosong atau dalam kes ibu menyusu, payudara yang dikosongkan oleh ibu sewaktu mengepam. Maka otak akan menghantar signal untuk menghasilkan lebih banyak susu lagi kerana ada demand.
Bagaimana Set Breastfeeding Shaklee Membantu Susu Ibu Sikit?
Set Breastfeeding Shaklee hanya dapat membantu sekiranya ibu-ibu mengamalkan konsep demand vs supply seperti yang dinyatakan di atas dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Kerapkan mengepam atau direct feed kepada bayi dan Set Breastfeeding Shaklee akan membantu mempertingkatkannya lagi melalui ‘milk booster’ dan nutrien.
i) Ostematrix – Membekalkan kalsium untuk ibu dan bayi dan mengelakkan sembelit bagi ibu menyusu.
ii) B complex – Mempunyai de-stress effect (anti-stress) kerana ia memastikan kesihatan fungsi saraf untuk ibu-ibu menyusu. Ia juga menjaga ibu dengan mengurangkan rambut gugur, berkelemumur dan beruban.
iii) Vitalea – Memberi penambahan tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental pada ibu, sekaligus membantu ibu untuk lebih fokus dalam kerja. Merupakan Multivitamin yang hebat dengan 28 jenis vitamin dan mineral penting untuk ibu dan bayi.
iv) Alfalfa – Mengandungi ‘galactagogue’ yang berfungsi sebagai Milk Booster’. Ia dapat meningkatkan penghasilansusu.Tetapi pengambilannya haruslah diiringi dengan mematuhi syarat pengepaman dan minum air yang secukupnya bagi menjamin penghasilan kuantiti susu yang banyak.
v) Energizing Soy Protein – Membekalkan tenaga, memperbaiki sistem imun dan memekatkan susu. Menjadikan susu lebih berlemak dan digemari bayi. Merupakan antara produk terlaris dari Shaklee dan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
vi) Vitamin C – Memastikan penyerapan optimum bagi semua vitamin lain oleh badan dan membantu meningkatkan antibodi, sekaligus meningkatkan sistem . Ia juga menjaga kecantikan kulit ibu.
atau hubungi kami untuk mengetahui diskaun terkini!