Tanda kelahiran bayi semakin hampir ada pelbagai dan ianya berbeza untuk setiap ibu. Apa yang penting semua ibu dinasihatkan untuk membuat persediaan apabila kandungan mula memasuki 7 bulan. Ini kerana terdapat banyak kes bayi yang dilahirkan pada bulan ke 7 kandungan atau selepas minggu ke 35.
Setiap ibu akan mengalami pengalaman berbeza, maka adalah tidak sesuai sekiranya ibu-ibu membandingkan simptom kelahiran masing-masing dengan ibu lain. Tetapi tidak mustahil sekiranya paten kelahiran bayi ibu-ibu adalah sama dengan ibu kepada ibu-ibu semua (iaitu nenek kepada bayi tersebut).
8 Tanda Kelahiran Bayi Semakin Hampir
Berikut adalah 8 tanda kelahiran bayi semakin hampir yang boleh diambil perhatian oleh ibu-ibu.
1) Kedudukan Bayi Sudah Mula ‘Engange’
Diantara tanda kelahiran bayi semakin hampir yang paling popular adalah kedudukan bayi yang sudah mula berada di bahagian bawah abdomen. Ini adalah disebabkan kepala bayi yang sudah mula memasuki ruang bawah di ‘pintu keluar’.
Bayi pertama biasanya akan memasuki ruang pada otot pelvis dalam 2-4 minggu sebelum tarikh dijangkakan lahir. Bagi bayi yang berikutnya, dia mungkin berada dalam ruang ‘engange’ apabila tarikh kelahirannya semakin hampir kerana keadaan di dalam ruang abdomen ibu yang sudah agak ‘mengembang’.
Bahagian atas abdomen ibu juga akan terasa kosong menjadi tanda kelahiran bayi semakin hampir.
2) Ibu Kerap Membuang Air Kecil
Saiz bayi yang semakin besar dan kedudukannya di antara tulang pelvis berdekatan dengan pundi kencing menyebabkan berlakunya tekanan pada pundi kencing yang menjadikan ibu kerap membuang air kecil. Ia adalah normal dan tanda kelahiran bayi semakin hampir.
3) Ibu Sakit Belakang & Bahagian Bawah
Kedudukan bayi juga menyebabkan ibu lebih kerap mengalami sakit belakang dan di bahagian bawah. Ini adalah disebabkan bahagian pelvis dan bahagian ligamen pada rahim yang teregang. Ini juga antara tanda kelahiran bayi semakin hampir.
4) Braxton Hicks
Ia adalah umpama sakit hendak melahirkan (menyerupai sakit senggugurt ketika haid) dan sering disalah anggap oleh ibu-ibu baru. Cara untuk memastikan yang ia bukannya kontraksi kelahiran sebenar adalah dengan melakukan perkara berikut :
i) Mandi
ii) Makan
iii) Tidur
Sekiranya kontraksi masih tidak reda, ia mungkin kontraksi sebenar. Walaubagaimana pun, Braxton Hicks sebenarnya membantu memendekkan waktu sakit bersalin ibu-ibu nanti kerana ia membantu bukaan serviks ibu-ibu.
5) Ibu Alami Cirit-Birit
Ia akan dialami ibu sehingga detik hendak melahirkan anak. Ia berpunca daripada tindakbalas hormon kelahiran yang menyebabkan usus menjadi longgar dan berlakunya kekejangan abdomen. Ia juga berfungsi untuk mengosongkan usus bagi memudahkan laluan untuk bayi.
6) Keputihan Pada Ibu
Ibu akan mengalami keputihan yang lebih banyak dari biasa. Hati-hati sekiranya ia menyebabkan kegatalan, terus berjumpa dengan doktor kerana ditakuti berlaku jangkitan.
7) Keluar Pendarahan Atau Lendir Pekat
Pada ‘pintu keluar’ bayi terdapat satu plak mukus yang boleh tertanggal apabila kepala bayi berada dalam ruang pelvis dan berlakunya kontraksi. Pendarahan dan lendir pekat adalah daripada plat ini. Ia sebenarnya berfungsi untuk melindungi bayi daripada sebarang jangkitan kuman. Apabila plak mukus ini tertanggal, bayi akan mula bergerak keluar secara perlahan.
8) Pecah Air Ketuban
Tidak semua ibu mengalami pecah air ketuban semasa kelahiran. Hanya seorang daripada sepuluh ibu yang mengalaminya. Pecah air ketuban merupakan petanda akhir untuk ibu sebelum melahirkan.
Set Shaklee Ibu Hamil Membantu Ketika Tanda Kelahiran Bayi Semakin Hampir
Ibu-ibu yang akan melahirkan sangat memerlukan tenaga ketika detik kelahiran. Ini penting untuk membolehkan ibu fokus ketika itu. Ini adalah set yang dicadangkan untuk menghadapi kelahiran bayi.
Set Ibu Mengandung Shaklee Trimester Kedua & Ketiga
Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, B-Complex, Omega Guard & ESP
Vitalea – memenuhi keperluan tenaga ibu dan merupakan sumber zat besi untuk meningkatkan bacaan Hb darah ibu. Semasa trimester ini kebanyakan ibu tidak begitu berselera untuk makan dan banyak mengalami kekurangan nutrien. Pengambilan set ini adalah untuk menampung kekurangan tersebut. Kelebihan Vita-Lea Shaklee di sini.
B-Complex – sangat penting untuk tumbesaran bayi. Ia juga mengandungi kesan de-stress yang membantu menenangkan ibu semasa kehamilan. B-Complex turut berfungsi untuk menyihatkan saraf ibu. Kelebihan B-Complex Shaklee di sini
Vitamin C – Hormon semasa hamil menjadikan kulit ibu kusam dan tidak bermaya. Pengambilan vitamin c membantu menjadikan ibu nampak lebih bermaya. Ia juga antioksidan yang baik dan membantu sistem imun ibu. Kelebihan Vitamin C Shaklee di sini.
Ostematrix – Sumber kalsium dan magnesium yang sangat penting untuk ibu, lebih-lebih lagi kebanyakan kalsium ibu akan diserap oleh bayi untuk pembentukan tulangnya. Ia juga boleh membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah sembelit semasa tempoh mengandung. Kelebihan Ostematrix Shaklee di sini.
Omega Guard – Mengandungi minyak omega 3 dan DHA untuk perkembangan otak bayi. Kelebihan Omega Guard Shaklee di sini. Tidak boleh diambil ketika hampir dengan jangkaan kelahiran bayi.
ESP – Mengandungi soya non-GMO yang membantu memberi tenaga tambahan untuk ibu serta membekalkan protein yang diperlukan oleh badan ibu. Kelebihan ESP Shaklee di sini.
Info lanjut dan terperinci mengenai set ini ada di sini
