Teknik Urutan Bayi Untuk Baby Yang Stress

Teknik urutan bayi sebenarnya agak mudah dan ringkas, seperti orang dewasa, bayi juga kadangkala mengalami stress mereka yang tersendiri. Ya, bayi pun ada stress sebenarnya. Kita sebagai orang dewasa juga memerlukan ketenangan dari segi urutan atau massage. Ia boleh dilakukan di rumah dalam ketenangan tenang dan dengan menggunakan minyak urut yang sesuai untuk bayi.

Sebelum ini, beberapa jururawat Hospital Bellevue di Amerika Syarikat berjaya mengurangkan kadar kematian bayi daripada 30 hingga 10 peratus hanya dengan melakukan belaian dan sentuhan.

Faedah Teknik Urutan Bayi Untuk Si Kecil

1) Merapatkan hubungan antara ibu bapa dan bayi.
2) Membantu bayi menjadi lebih tenang dan fokus pada persekitaran mereka.
3) Merupakan satu bentuk hubungan komunikasi antara ibu bapa dan bayi.
4) Merangsang pengeluaran hormon serotonin iaitu hormon gembira yang menjadikan bayi lebih tenang.
5) Membantu perkembangan fizikal bayi
6) Membantu bayi untuk tidur lebih nyenyak
7) Membantu penyingkiran toksik pada badan bayi
8) Membantu pergerakan oksigen dalam badan bayi
9) Meningkatkan keyakinan diri pada bayi
10)Membantu mengurangkan demam jika bayi sedang mengalaminya
11)Membantu pengaliran darah dan membantu sistem penghadaman bayi

Persediaan Sebelum Memulakan Teknik Urutan Bayi

1) Ibu atau bapa hendaklah dalam keadaan yang bertenang dan selesa. Teknik urutan bayi tidak akan berjaya sekiranya ibu bapa sendiri dalam keadaan stress dan tertekan. Elakkan dari terburu-buru hendak menyelesaikan teknik urutan bayi kerana ini akan dapat dikesan oleh bayi dan menyebabkan ia tidak mendapat kesan ketenangan yang sepatutnya.

2) Pastikan keadaan bilik adalah selesa untuk bayi, elakkan bilik yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Suasana yang tidak bising juga perlu sebelum memulakan teknik urutan bayi.

3) Letakkan bayi di atas permukaan yang lembut dan rata.

4) Ibu atau bapa perlu memanaskan tangan sebelum mengurut. Apa rasanya jika diurut oleh seseorang dengan tangan yang sejuk? Pasti tidak selesakan.

5) Tetapkan waktu yang konsisten untuk mengurut bayi. Samada di waktu pagi, setiap kali selepas mandi atau sebelum bayi tidur. Pastikan ia tetap untuk setiap hari kerana bayi boleh mengagak waktu dia akan diurut.

6) Pastikan teknik urutan bayi dilakukan semasa bayi dalam keadaan selesa, tidak terlalu letih atau sedang kenyang.

7) Gunakan minyak urut atau losyen kerana geseran semasa melakukan teknik urutan bayi akan menyebabkan bayi tidak selesa.

Teknik Urutan Bayi Bergambar

urut bayi 1 urut bayi 2 urut bayi 3 urut bayi 4 urut bayi 5teknik urutan bayi

 

sumber

 

Bagaimana Set Breastfeeding Shaklee Membantu Teknik Urutan Bayi

Ibu boleh menyusukan bayi sesudah selesai teknik urutan bayi. Susu yang berkhasiat sangat penting untuk kepuasan bayi. Apa sebenarnya Set Breastfeeding Shaklee? Milk booster? Penambah nutrisi susu?

Sebenarnya semua pemakanan yang berkhasiat akan berfungsi untuk memperbanyakkan susu ibu. Terpulang kepada ibu-ibu semua untuk memilih yang sesuai untuk ibu-ibu.

Info lanjut bagi Set Breastfeeding Shaklee di sini —> Set Breastfeeding Shaklee Banyakkan Susu Ibu