Tips Banyakkan Susu Badan : Power Pumping untuk Banyakkan Susu

Membuat keputusan untuk menyusukan bayi adalah satu keputusan yang besar bagi ibu.  Ketika waktu berpantang, agak mudah untuk memastikan bayi sentiasa mendapat susu yang perlu kerana ibu akan sentiasa bersama bayi dan hisapan bayi yang berfungsi sebagai ‘milk stimulator’ akan sentiasa berlaku. Tapi apabila mula bekerja, mencari waktu untuk mengepam merupakan sesuatu yang mencabar terutama  bagi ibu-ibu yang sibuk. Maka, susu ibu pun akan mula merundum dan tips banyakkan susu badan diperlukan.

Ada satu Tips Banyakkan Susu Badan yang boleh dipraktikkan.

POWER PUMPING (PP)

POWER PUMPING @ HYPERSTIMULATION adalah salah satu tips banyakkan susu badan yang banyak dipraktikkan ibu-ibu untuk mengatasi masalah susu merundum.

Apa yang diperlukan? 

Pam Susu (manual, elektrik – single atau double pumping)

Kemahuan dan keazaman yang tinggi dari ibu dalam mempraktikkan tips banyakkan susu badan ini kerana waktu power pumping yang paling ideal adalah antara pukul 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Mengapa? Pada waktu ini hormon prolaktin (hormon penting untuk pengeluaran susu ibu) terdapat pada kadar yang tinggi.

Kaedah Mengepam

1. Untuk single pump (manual / elektrik)

Pam sebelah kanan 10 minit

Pam sebelah kiri 10 minit

Pam sebelah kanan semula selama 10 minit.

Ulangi langkah ini selama 60 minit.

*Bagi pam manual, ia akan sedikit meletihkan, tapi percayalah, tips banyakkan susu badan ini akan berbaloi, insya’Allah.

2. Untuk double pump

Pam selama 10 minit

Rehat 10 minit

Pam lagi selama 10 minit.

Ulangi langkah ini selama 10 minit.

Bagi pam elektrik (single atau double) tips banyakkan susu badan ini boleh ditukar masa mengepamnya dari 10 minit ke 20 minit sekiranya mahu, tetapi pastikan total masa adalah 1 jam mengepam yang dibuat terus menerus.

Berapa lama kita perlu praktikkan tips banyakkan susu badan kaedah power pumping ini?
Sekurang-kurangnya seminggu untuk melihat keberkesanannya

Teknik ini dapat merangsang penghasilan susu badan kerana payudara dikosongkan dengan kerap selama 1 jam. Semakin kerap ia dikosongkan, semakin banyak susu baru dihasilkan. Ini merupakan satu konsep yang diterima dalam kebanyakkan tips banyakkan susu badan.

Kita cuba bayangkan konsep ini dengan pelayan di restoran yang akan mengisikan air ke dalam gelas kita setiap kali ia kosong atau hampir kosong. Andainya air di dalam gelas itu kita pindahkan ke dalam bekas lain yang lebih besar untuk disimpan, dan setiap kali ia kosong pelayan itu akan mengisinya, tentu akhirnya bekas besar kita itu akan penuh bukan? Tetapi, jika kita tidak mengosongkan gelas kita tadi, pelayan itu sudah tentu tidak akan datang untuk mengisinya. Konsep inilah yang digunakan dalam tips banyakkan susu badan.

Ini lah konsep ‘demand-supply’. ‘Demand itu ada’, iaitu gelas yang kosong atau dalam kes ibu menyusu, payudara yang dikosongkan oleh ibu sewaktu mengepam. Maka otak akan menghantar signal untuk menghasilkan lebih banyak susu lagi kerana ada demand.

tips banyakkan susu badan

Lagi info di sini Petua Banyakkan Susu Badan

Istimewa untuk pelanggan Kedai Vitamin, PAKEJ ISTIMEWA dan tips banyakkan susu badan akan ditawarkan dengan setiap pembelian Set Ibu Menyusu.  Hubungi kami sekarang!

Nia :012-661 4658  atau  email: kedai.vitamin@yahoo.com atau isi borang

 

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2013 Nia

1 Comment

Comments are closed.