Saya bukanlah seorang ibu yang tegar menyusukan anak 4 tahun dulu. Agaknya ketika itu, kalau saya nak beri tips menambah susu ibu pada ibu lain, mesti sangat janggal bunyinya. Anak pertama saya memang minum susu formula soya disebabkan ‘lactose intolerance’. Tentu boleh bayangkan kos nya kan?
Saya mula mencuba Set Breastfeeding Shaklee selepas kelahiran anak kedua. Matlamat saya cuma satu, ingin menambah susu ibu untuk anak saya. Alhamdulillah, anak saya sekarang sudah berusia 8 bulan dan saya masih memberikan susu ibu walaupun saya bekerja.
Ibu bekerja biasanya akan mengalami penghasilan susu yang akan terganggu disebabkan tekanan kerja. Set Breastfeeding Shaklee boleh membantu menambah susu ibu apabila ibu juga kerap menyusukan bayi dan mengosongkan payudara, 2-3 jam sekali.
Set ini dapat membantu dari segi membekalkan nutrien yang cukup dan sebagai ‘milk booster’ bagi menambah susu ibu. Harus diingat, booster bermaksud meningkatkan ia menjadi tinggi lebih dari kuantiti sedia ada. Ini bermaksud, semua prosedur biasa dalam menambah susu ibu tidak patut ditinggalkan.
Ramai ibu-ibu yang mendapat faedah susu bertambah dari set ini, tetapi terdapat juga ibu-ibu yang tidak menganggap set ini menambah susu ibu tetapi memperbaiki kualiti penyusuan mereka. Bayi cepat kenyang selepas menyusu dan mereka menjadi lebih bertenaga dalam menguruskan rumahtangga.
Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut dan konsultasi percuma di 012 6614658 (Nia) atau emel kedai.vitamin@yahoo.com.
