Ubat kesuburan mengandung memang banyak terdapat di pasaran. Ini kisah seorang customer saya yang membeli ubat kesuburan mengandung (bukan Shaklee) tanpa mengetahui kesannya kepada badan. Customer saya ini biarlah saya namakan Puan X, ingin hamil lagi setelah 5 tahun berkahwin. Telah mempunyai seorang anak perempuan berusia 4 tahun dan inginkan seorang anak lelaki.
Puan X diperkenalkan dengan ubat kesuburan ini oleh seorang rakan dan membelinya secara online. Ubat ini adalah berasaskan herba, dan perlu dimakan secara konsisten selama beberapa bulan. Setelah 3 minggu pengambilan, Puan X mula menyedari yang dia jadi lebih mudah panas baran, seolah-olah mengalami PMS cuma apa yang dialaminya lebih teruk dari PMS.
Perubahan emosinya disedari oleh suami dan rakan-rakan pejabat. Badan Puan X juga sering panas dan tidak selesa. Keadaan ini sedikit sebanyak menganggu prestasinya di tempat kerja. Simptom-simptom yang dialaminya menunjukkan seolah-olah hormonnya menjadi tidak stabil.
Sakit Payudara Akibat Ubat Kesuburan
Suatu pagi, Puan X merasa sakit yang sangat kuat pada bahagian payudaranya dan ada lendir yang keluar pada bahagian puting. Sakit itu mulai hilang setelah beberapa lama. Tetapi datang berulang-ulang selepas itu. Puan X juga mula menyedari dia tidak datang haid pada bulan tersebut. Beliau mula merasa tidak sedap hati dan terkenangkan simptom kanser payudara. Puan X cuba mendapatkan penjelasan daripada penjual, tetapi penjual tidak dapat memberikan jawapan kerana dia cuma menjual dan meminta Puan X terus membuat pemeriksaan doktor.
Puan X terus ke klinik petang itu untuk pemeriksaan doktor kerana tidak tertahan dengan sakit yang dialaminya. Selepas pemeriksaan doktor, doktor mengesahkan dia mengalami ketidakstabilan hormon akibat ubatan herba yang diambil. Puan X dinasihatkan untuk berhenti mengambil ubatan tersebut kerana ia mungkin tidak sesuai dengannya. Menurut doktor, sebarang ubat-ubatan sekiranya mahu diambil, pastikan telah mendapat konsultasi yang sewajarnya daripada penjual dan dipastikan keserasiannya dengan badan dahulu.
Ubat Kesuburan Shaklee Boleh Membantu
Puan X ketika menghubungi saya penuh dengan keraguan dan rasa sangsi. Selepas saya menerangkan mengenai cara Set Kesuburan Shaklee berfungsi dan bagaimana saya akan membantunya sepanjang proses ini dia mula nampak yakin.
Saya banyak membantu Puan X cara yang betul untuk menentukan waktu subur. Kebanyakan wanita kurang faham mengenai ini dan menyebabkan mereka terlepas tempoh subur mereka. Mengetahui tempoh subur adalah penentu keberkesanan ubat kesuburan Shaklee ini.
6 bulan kemudian, Puan X menghantar whatsapp kepada saya dengan gambar alat ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif. “Thank you” katanya.
Saya sangat bersyukur kerana dapat membantu Puan X. Itulah matlamat KedaiVitamin.com. Membantu seramai yang boleh dengan produk Shaklee.
Ingin merasai hasil seperti Puan . Boleh hubungi saya untuk menempah Set Kesuburan Shaklee anda hari ini juga. Maklumat lanjut mengenai set ini di sini.