7 sebab menyangkal vitamin Shaklee bukan dedak? Kenapa agaknya? Ada sesetengah orang menganggap vitamin tidak mampu untuk menggantikan khasiat nutrisi dari makanan sebenar. Bagi mereka makanan sebenar adalah yang terbaik.
Mereka silap apabila mengaggap vitamin ingin menggantikan nutrisi makanan sebenar kerana ia sebenarnya cuba menampung atau top up kekurangan nutrisi pada badan akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang dari segi nutrisi.
Kami tidak pernah menggalakkan pengambilan vitamin semata-mata tanpa mengikut jadual pemakanan seimbang. Kami sendiri sukakan sesuatu yang semulajadi, malah ingin kami ingatkan vitamin Shaklee bukanlah vitamin sintetik, tapi ia merupakan vitamin semulajadi.
Vitamin Shaklee bukan dedak, ia digelar dedak kerana dianggap tidak mendatangkan sebarang khasiat nutrisi berbanding makanan sebenar. Ini adalah tanggapan yang tidak benar dan terpesong dari konsep sebenar vitamin dan supplemen Shaklee.
Kenapa Vitamin Shaklee Bukan Dedak?
Kita boleh kaji dan fahamkan dulu konsep nutrisi dalam makanan.
1) Makanan yang dimasak akan kehilangan sedikit kandungan nutrisinya. Di zaman serba moden ini adalah mustahil untuk kita mendengar golongan yang mengambil makanan secara mentah. Tubuh badan kita memerlukan kadar nutrisi tertentu setiap hari yang perlu dicapai melalui pemakanan.
2) Kebanyakan dari kita pasti ada waktu yang memerlukan kita untuk mengambil makanan yang dibeli di luar. Makanan seperti ini tidak begitu berkhasiat kerana pasti ada dimasukkan bahan perasa yang boleh mempengaruhi keupayaan tubuh badan kita untuk menyerap nutrisi makanan.
3) Pengambilan makanan segera atau fast food dalam kehidupan seharian juga mempengaruhi penyerapan nutrien oleh tubuh badan.
4) Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok juga menganggu penyerapan nutrien oleh tubuh badan.
5) Pencemaran dari persekitaran dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan.
6) Buah-buahan dan sayuran yang diambil mudah tercemar dan terjejas kualiti nutrisinya akibat penggunaan racun atau bahan kimia lain.
7) Tubuh badan juga akan menghadapi kesulitan untuk menyerap nutrien dari makanan akibat pengambilan kafein, gula dan garam yang berlebihan.
Info lanjut : http://drhyman.com/blog/2010/12/17/do-you-need-nutritional-supplements/#close
Peranan Vitamin Shaklee Bagi Mencukupkan Keperluan Nutrien
7 sebab tadi sudah cukup untuk membuktikan mengapa vitamin Shaklee bukan dedak sebaliknya membantu mencukupkan keperluan nutrien dalam tubuh badan kita sehari-hari. Gaya hidup masa kini beserta dengan kesukaran untuk mematuhi diet yang seimbang telah menjadikan kita sukar untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh badan kita.
Di sinilah vitamin Shaklee cuba untuk membantu, bukan sebagai pengganti makanan semulajadi dalam membekalkan nutrien, tetapi sebagai pembantu untuk mencukupkan bekalan nutrien dalam badan kita.
Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan konsultasi vitamin yang sesuai untuk anda!!
pic source : google