Kenapa Vivix mahal? Saya kurang jelas dengan definisi mahal tu. Kalau dinilai dari segi duit yang keluar, mahal lagi belanja minyak kita sehari-hari, mahal lagi barangan mekap yang kita beli, sport rim kereta yang diganti. Tapi kenapa kita tak kisah untuk terus berbelanja bagi perkara-perkara tersebut?
Sebab ianya keperluan bagi kita kan?
Macam tu juga dengan Vivix ya sahabat semua, ia sebenarnya adalah satu keperluan. Vivix bukan supplement biasa yang kita makan bila kita teringat aje tau. Mari kita sama-sama fahami asal-usul Vivix ni dulu.
Asal-Usul Vivix Shaklee
Dr. David Sinclair, seorang saintis dari Harvard pernah menerbitkan hasil kajian yang menggemparkan pada 2006. Hasil kajian tersebut dimuatkan dalam jurnal sains “Nature”. Nak tahu apa yang gempar sangat tu?
Dia telah menemui molekul ringkas di dalam wine marah yang dapat mengaktifkan gen dalam badan kita yang melambatkan tempoh penuaan dan menjadikan pengamalnya awet muda. Tapi bukan bermakna kita boleh hidup selamanya pula,
ia bermakna sains dah menemui cara melambatkan penuaan.
Kaedah Melambatkan Penuaan
Sebelum ini, pengurangan pengambilan kalori dikatakan cara terbaik untuk melambatkan penuaan, tapi ia boleh menyebabkan risiko kebuluran pula. Selepas penemuan molekul dari wine merah tersebut, beberapa kajian lanjut telah dijalankan mengikut kronologi berikut :
1) Dr. Serge Renault mendapati terdapat molekul di dalam wain merah yang membantu mengawal berat badan.
2) Dr. Sinclair berjaya mengekstrak resveratrol (terkandung di dalam Vivix sekarang) yang memanjangkan hayat yis.
3) Ujian resveraterol pada lalat buah.
4) Ujian resveraterol pada ikan dan ia ‘memanjangkan hayat ikan’ sebanyak 70%.
5) Ujian pada tikus dan ‘memanjangkan hayat tikus’ sebanyak 30%. Tikus mempunyai dasar gen yang bersamaan dengan manusia dan ini menjadikan ia ujian yang paling hampir untuk manusia.
Adakah resveraterol berfungsi untuk melambatkan penuaan sahaja?
Tidak. Ianya juga didapati membantu menghindari penyakit jantung, kanser dan kencing manis.
Vivix diwar-warkan di Amerika sebagai supplement memanjangkan usia. Tetapi bagi kita, ajal maut adalah pada Allah S.W.T. Kita ambil Vivix sebagai ikhtiar kita untuk memelihara kesihatan kita. Masih rasa Vivix mahal?
Kenapa Tidak Perlu Memilih Produk Resveraterol Lain Selain Vivix Shaklee?
Ada sekurang-kurangnya 2,636 kertas kerja saintifik bagi resveraterol sekarang. Produk kesihatan Resveraterol memang banyak terdapat di pasaran, tapi kenapa pula sahabat semua perlu memilih Vivix?
Mengikut kajian yang dijalankan, terdapat produk-produk yang mengandungi resveraterol di pasaran yang mengandungi sangat sedikit kandungan resveraterol. Malah ada yang menggunakan sis-resveraterol yang mempunyai bentuk lebih kecil berbanding resveraterol asal. Maka keberkesanan produk-produk seperti ini adalah diragui.
Berbeza dengan Vivix Shaklee, ia telah diiktiraf mempunyai kandungan resveraterol yang boleh mendapat keputusan yang sama seperti Dr.Sinclair. Malah Shaklee komited dalam penghasilan Vivix apabila sebuah pasukan yang dianggotai oleh 30 saintis telah dilantik untuk penghasilan Vivix.
Selepas hampir 3 tahun, dengan berjuta-juta pelaburan serta kerjasama dengan Universiti Sains Georgia, tonik semulajadi pertama yang bertindak hingga ke tahap sel serta menyekat mekanisma penuaan berjaya dihasilkan. Ia adalah Vivix!
Berdasarkan asal-usulnya, benarkah Vivix mahal? Atau ia adalah satu pelaburan kesihatan yang berbaloi?
Vivix berharga RM485 sebotol. Ia adalah untuk kegunaan lebih kurang sebulan. Macam mana nak dapat murah?
Dengan register sebagai ahli Shaklee, anda akan dapat 20% diskaun.
Nak murah lagi? Beli 2 botol dan anda akan dapat diskaun 20% serta KEAHLIAN PERCUMA (RM69).
Belanja pos untuk Vivix adalah PERCUMA! (Jimat RM10 lagi di situ!)
Vivix Untuk Siapa?
2) Pesakit Kencing Manis – boleh baca kisahnya di sini
3) Individu yang hendak berhenti merokok – boleh baca kisahnya di sini
4) Pesakit Kanser
5) Pesakit SLE
6) Pesakit resdung
7) Individu yang ingin menurunkan berat badan
Vivix sememangnya untuk kesihatan menyeluruh, sebab itu ia membantu dari peringkat sel lagi . Adakah Vivix mahal? Sudah tentu tidak!